Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Google di hacked : 14 April 2015

Bismillahirrahmanirrahim. Pertama kali dapat lihat secara direct page kesayangan GOOGLE telah di hack. Sebelum page hackers dipaparkan, page seperti berikut terpampang : Namun yang bagusnya, webpage lain masih boleh dilayari. Cuma website GOOGLE sahaja yang telah diceroboh. Aplikasi Modzila Firefox pun turut serta di godam. Masalah yang bermula lebih kurang jam 4. 45 tadi masih belum selesai sehingga jam 5.30 ini. 

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Masalah blue screen semasa format # 0x0000007B error

Bismillahhirrahmanirrahim Masalah blue screen semasa startup pc nak format. Ini terjadi kerana dalam bios telah di set drive AHCI. Untuk menyelesaikan masalah ini, sebelum format masuk dalam Bios terlebih dulu untuk menukar hard drive dari AHCI kepada IDE  ataupun SATA. STEP 1 STEP 2 STEP 3 Setelah itu, baru restart komputer dan seterusnya barulah proses format komputer dapat diteruskan.

#cara sambung satu cpu ke dua monitor#kvm switch

Bismillahirrahmanirrahim Alat empat segi yang ada connector kabel berwarna biru@vga cabel tu nama dia kvm switch. Kvm switch adalah ringkasan daripada keyboard, video dan mouse. Sesuai digunakan oleh pengguna yang hendak akses kepada lebih dari datu cpu di tempat yang sama.  Fungsinya untuk menyambungkan dari satu monitor kepada 2 cpu. Ini perihal kalau tak ada extra monitor atau nak sambung kepada lcd projector pun boleh. Tujuannya nak jimat ruang ataupun cpu kedua yang disambungkan tadi adalah sebagai server, atau pc yang digunakan untuk run software ataupun program simulation. Beginilah keadaan komputer yang menggunakan kvm switch.  Jika pengguna hendak melihat apa yang sedang berlaku dikomputer yang satu lagi, button kecil di kvm switch ditekan untuk akses ke cpu tersebut.