Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Batu Feringghi, Pulau Pinang

Feringghi Pulau Pinang, merupakan salah satu destinasi pelancongan di Pulau Pinang. Pantai Miami ataupun Miami Beach(bukan CSI Miami..)..juga merupakan salah satu destinasi pelancongan terletak bersebelahan dengan Batu Feringghi. Gambar dari google image Kami sekeluarga mengunjungi Batu Feringghi pada Sabtu lepas, banyak hotel yang dibangunkan disekitar kawasan tersebut. Kali terakhir kami sekeluarga ke Batu Feringghi adalah pada 5 tahun lepas..masa tu Harun dan Hassan tak wujud lagi dalam salasilah keluarga kami. Kalau ada sesiapa yang teringin atau berminat menunggang kuda, boleh berkunjung ke Batu Feringghi..dengan kadar bayaran RM 25 untuk satu pusingan. Kira-kira 15 minit  menunggang kuda..dengan dikawal oleh penjaga kuda..ok lah jugak Tak banyak gambar yang dapat di rakam..sebab kami sekeluarga dah penat dalam kereta ..puncanya..cari arah jalan yang tak jumpa untuk ke Batu Feringghi..Kebetulan waktu tersebut banyak jalan ditutup sempena Cup Prix pada 4

Zoo Taiping lagi..Penutup Lawatan Untuk Kanak2 Pada Tahun 2010

Musim cuti sekolah dah sampai. Apa kata yang belum sampai ke Zoo Taiping tu..jadikan ia sebagai satu lokasi lawatan anak anda. Saya tak larat nak kira dah berapa kali pergi ke Zoo Taiping ni..3 orang anak, makanya Zoo adalah lokasi wajib bagi mereka..maka atas permintaan Harun Mustaqim, kami sekeluarga mengakhiri tahun 2010 dengan lawatan ke Zoo Taiping sekali lagi. Seronok betul Harun dengan Fatin nak pergi ke Zoo..padahal bukannya jauh sangat pun dari Parit Buntar. 1 jam perjalanan. Kami bertolak awal pagi..sebab anak-anak ni kalau berjalan-jalan time tengah hari sikit..mulalah meragam. Panas..tak tahan panaslah, penatlah..semua ada. Nak tulis banyak2 pun tak guna..jom tengok gambar sekitar Zoo Taiping..hasil fotografi amatur si ayah Shaharin. Jom tengok gambar!