Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

#kenapa monitor tiada display atau paparan#Tools untuk kerja bersihkan komputer dari habuk#

Bismillahirrahmanirrahim. Hari ni rasa mengantuk dan letih dua tiga macam :-). Orait kita teruskan... Sebagai seorang teknikal staf yang menyelenggara komputer, aku perlukan blower dan benda macam ala ala chewing gum ni ha untuk buang habuk dalam komputer. Blower ni aku guna buang habuk dalam pc...selalunya pc yang diletak kat atas lantai ni memang akan mengumpulkan habuk yang banyak didalamnya. Skema nya ayat cheq. Dan lagi bila habuk banyak, performance komputer jadik slow, sebab habuk-habuk yang terkumpul kat kipas processor, kipas power supply dan sekitar chip-chip yang ada pada motherboard tu. Nak tak nak kita kenalah buat maintenance macam ni 6 bulan sekali pun dah ok. Benda ni pulak aku gunakan untuk buang habuk yang melekat kat keyboard...kot rajin...kalau tak..hm...ketuk-ketuk manja je gitu keyboard tu...:-) Benda ni one off guna je...habuk dah melekat kat situ tak tergamak nak guna lagi Ini blower...harga dalam rm200 jugak....bukan harga gst :-

kebaikan beli komputer desktop ada warranty

Warranty ni bagus sebenarnya untuk peralatan elektrik elektronik dan alatan yg melibatkan mesin mekanikal. Selain dari memudahkan kerja kita dari segi nak pikir masalah komputer, kalau ada masalah lah...kalau tak ada masalah, bagus . tapi kalau dah beli komputer mahal2 mestilah kita nak kan jaminan kan? Lagi satu kalau rosak, tak payah pening kepala pikir nak keluar duit pulak untuk repair. Sekarang ni kita cerita bab komputer ye. Okey, kalau warranty tu memudahkan...hmm jadilah cam aku ni ...yang bila masalah timbul, aku just call supplier dan hantar je komputer kat dia untuk repair. Saja je nota aku snap senget. Sila sengetkan kepala atau pusing monitor untuk baca ...hiiii Tapi tak syoklah, komputer baru beli tak berapa bulan pun, dah problem. Harus diakui, mungkin operator kilang tu buat silap kot masa assemble komputer ni.... Aku suka Dell sebab warranty, service bagus, dan boleh troubleshoot through telepon je kalau ada masalah. Cuma bagi service tag je dan c

Display LCD projector guna Video Splitter

Nak display kat third party ni kita boleh guna 3 cara, iaitu 3 alat. 1. Y Cable...level pemasangan yang mudah..zaman 2000 lagi benda ni aku dah guna 2.USB 2.0 to VGA ..level mudah....yang ni aku guna dah 3 taun gak 3.Video splitter....level pemasangan pun mudah....yang ni aku baru guna.... Senang jer nak guna video splitter ni. Syarat monitor kena ada satu cable vga, cpu satu cable vga dan lcd projector satu cable vga. Tengok gambar pun dah tau kan... - - - - - - - FJ-1502 tu Video splitter, Screwdriver kecik brand STANLEY dan VGA cabel Sebelum ni guna Y-Cable, saja gatal nak guna video splitter pulak Sebelah kiri source dari CPU, LCD Projector dan Monitor Nampak tak lampu kecik warna merah sebelah kiri tu? Itulah indicatornya...kalau nyala ada power masuk...function lah benda tu... Sekian, terima kasih.

Laptop tak boleh display

Hmm...ada masalah laptop takleh display ke? Meh sini aku ajarin...cewah... macam ni...baca step-step nih ye. 1. Cabut betri dulu. 2. Bukak guna screw kecik part belakang laptop tu. 2. Ambik blower atau vakum cleaner tu, blow kat belakang nih.tengok gambar nih. 3. Lepas tu gunalah blower atau vakum jer....pelan2 speed tu, jangan over pulak....hala kat kipas, then kat sekeliling part yang dah dibukak tu lah... 4. Then off semua blower atau vakum tu. 5. ON laptop dengan power direct kabel. Insya Allah...cubalah... Mana tau ada rezeki korang nak guna lagi laptop tu dengan rezeki korang tak koyak poket repair laptop tu kat kedai... hihihhi... Selamat mencuba.