Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Mengetahui Minyak Kelapa Dara

Bagan Datoh merupakan salah satu daerah yang terdapat di dalam negeri Perak. Terletak di daerah Hilir Perak, mengambil masa selama satu jam untuk ke bandar Teluk Intan dan satu jam perjalanan untuk memasuki negeri Selangor Darul Ehsan. Pokok kelapa yang banyak di tanam di Bagan Datoh atau lebih dikenali Bagan Datok, menjadikan Bagan Datok terkenal sekitar tahun 1899 sehingga kini. Kini seiring dengan perkembangan teknologi semasa, buah kelapa ini telah menjadi cabang kepada satu produk yang dikenali iaitu minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara di Bagan Datoh boleh didapati dengan harga yang murah berbanding dengan penjualannya di tempat-tempat lain. Minyak yang keluar dari buah kelapa yang cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat didalam buah kelapa tersebut disebut sebagai minyak kelapa dara. Minyak Kelapa Dara dihasilkan secara organik melalui proses pementasi semulajadi dengan tida

Pasar Kemboja Parit Buntar Version 2

Gambar dirakam melalui telefon. Lebih dikenali sebagai Pasar Kemboja Parit Buntar, sebenarnya adalah merupakan Pasar Kemboja di Permatang Tok Mamat. Ia bermula seawal jam 6.30 pagi sehinggalah jam 12 tengah hari. Kemuncak paling ramai pengunjung di pasar kemboja ini adalah pada hari Jumaat. Pasar yang diadakan pada setiap hari Isnin dan Jumaat pada setiap minggu ini adalah merupakan tumpuan belian kain-kain untuk peniaga-peniaga kain yang kecil di daerah Parit Buntar dan Sempadan Pulau Pinang. Kebiasaannya jualan adalah berdasarkan jualan borong. Pasar ini juga merupakan berkembangnya pusat fesyen terbaru bagi kaum wanita di daerah ini. Penjual yang berniaga di pasar ini adalah merupakan penjual yang datang daripada Kuala Lumpur, Alor Star dan Johor Bahru malahan daripada Parit Buntar sendiri pun tidak kurang juga. Antara peniaga di Parit Buntar yang menjual jualan mereka di Pasar Kemboja ini yang diketahui adalah kedai Tekstil Hapisah di Parit Buntar dan Kedai kain Nasha di Parit

Design flyers dan brochure cantik | Beautiful Flyers and Brochure design

Sumber untuk membuat rekaan/design untuk brochure tidak terhad kepada majalah. Dengan kehebatan internet kita boleh mendapatkan maklumat yang kita perlukan. Bagi mereka yang sedang mencari idea untuk membuat brochure ataupun flyers bolehlah mendapatkan sumber inspirasi daripada laman web ini. idesignow.com Boleh cuba gunakan beberapa template daripada laman web ini. Template adalah dalam psd file, boleh dibuka dalam Adobe Photoshop. Saya telah download salah satu file yang mempunyai image seperti di bawah. Serta telah cuba membuka menggunakan Adobe Photoshop CS3. Boleh edit tetapi keluar error seperti di bawah. Nampaknya komputer saya tidak mempunyai fonts seperti dalam file yang telah di download. Berikut beberapa contoh template daripada laman web ini lagi. Contoh design brochure yang nampak ekslusif Kredit to website : idesignow.com

Jangan gunakan botol mineral berulang

Penggunaan air didalam botol mineral memang mudah dan senang. Selalu digunakan oleh kebanyakan orang untuk mengisi minuman ke tempat kerja, ke sekolah, program riadah dan sebagainya. Kebolehannya yang mudah dibawa, tidak mudah pecah dan bocor membuatkan ia menjadi pilihan kita yang memilih untuk menjadikan urusan harian lebih mudah. Tetapi tidak ramai yang mengetahui keburukan penggunaan botol plastik yang berulang-ulang. Penggunaannya adalah tidak salah, tetapi sebagai pengguna kita mesti mengambil tahu kandungan botol plastik ini. Botol plastik mineral yang selalu kita beli dan gunapakai itu mengandungi PETE atau PET (polyethylene terephthalate) yang menjadikan botol mempunyai ciri-ciri seperti mengeluarkan warna botol yang transparent dan kuat. Sekiranya botol mineral yang anda gunakan itu di ulang penggunaannya ataupun diguna untuk isian air panas, PET yang digunakan untuk membuat botol mineral ini akan bertindakbalas dengan air didalam botol tersebut dan akan menghasilkan

Memahami stress

Setiap manusia yang hidup dan normal mengalami stress. Stress muncul daripada kitaran hidup di sekeliling kita dalam kehidupan seharian. Apabila kita berhadapan dengan cabaran atau masalah, secara tidak sedar kita akan menghadapi stress. Manusia tidak boleh lari dari stress. Beratur panjang di pasaraya juga akan memberi stress. Tetapi ia hanyalah stress kecil dan bukan jangka masa panjang. Jika setiap pagi berkejar menguruskan anak-anak ke sekolah seterusnya melalui jalan yang sesak ke tempat kerja, itu boleh dikira sebagai stress besar. Walaupun pelbagai tanda -tanda lain, tetapi faktor seperti sakit kepala, kurang fokus, kurang semangat, mudah marah, rasa rendah diri, sakit belakang merupakan tanda-tanda stress. Uruskan Stress anda Stress harus ditangani dengan bijak. Melakukan aktiviti fizikal, susun semula jadual hidup, lapangkan masa bersama kawan-kawan atau keluarga, dapatkan tidur yang cukup antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu menangani stress.