Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Corak Langsir raya 2013

Masih lagi kisah persiapan menjelang hari raya. Kaum wanita mesti sibuk sekarang ini memikirkan tentang persiapan untuk hari raya nanti. Semua hal nak di fikirkan, pinggan mangkuk, kuih raya, baju raya(sudah tentu!), langsir baru, perabot ataupun karpet baru untuk raya ini kan! Saya faham bukan niat kita untuk menunjuk tapi ia lebih kepada persediaan kita untuk menyambut tetamu yang datang ke rumah bukan? Untuk hari raya ini, saya sedang meninjau-ninjau rekaan dan corak langsir yang terkini untuk tahun 2013. Sebenarnya nak cuci mata dulu ...bila dah puas cuci mata mungkin boleh buat keputusan nak tukar langsir. InsyaAllah...jika ada rezeki kan! Saya suka design langsir yang ada di website Ikea. Tak semestinya saya kata langsir di Ikea cantik anda akan suka. Apa pun mari kita sama-sama tinjau untuk idea hari raya nanti. Dan ini pula langsir yang saya dapat melalui laman web decorationtrendy. Mari kita lihat sama-sama untuk idea raya nanti.

Bekas Kuih Raya Tahun 2013

Masih lagi cerita tentang persiapan raya. Kali mengenai balang kuih raya pulak. Kita semua tahu berbagai-bagai balang kuih raya ada di pasaran sekarang ni. Bergantung kepada pilihan masing-masing. Saya berkesempatan snap gambar bekas kuih raya baru-baru ini. Tapi cuma bekas kuih raya yang murah-murah sahaja. Jom tengok gambar yang saya ambil baru-baru ini. Kalau rasa macam balang biskut kering tu anggap sajalah itu bekas kuih raya.hehehe

Resipi Biskut Raya yang mudah

Tahun ini saya berazam untuk membuat biskut sendiri. Dengan harapan semoga semua akan dipermudahkan oleh-NYA, InsyaAllah. Setelah membelek-belek buku resipi didalam kotak :-), saya mempunyai senarai biskut yang hendak di buat nanti. Saya pilih resipi yang mudah sahaja, senang untuk di buat dan sedap. Hmm.. sedaplah hendaknya. Ok, di sini adalah senarai biskut yang pada saya mudah untuk di buat. Mudah dari segi senang mencari bahan dan senang untuk di buat. Biskut Mutiara Merah Biskut Cornflakes Biskut Sarang Semut Biskut Tat Nenas Popia Nestum Biskut Kopi Kepada anda yang sedang mencari resepi-resipi yang mudah untuk membuat biskut, boleh kunjungi blog Hanieliza dan Mat Gebu . Semoga anda akan mendapat idea untuk membuat biskut hari raya tahun ini. Selamat mencuba!

Fesyen baju raya 2013

Dah lama tak update blog, nak menulis blog pun kena ada mood ..:-). Hari ini saya kuatkan semangat, tabahkan hati membuka netbook kecil ni untuk menulis di blog. Yelah kesian  dekat advertiser nuffnang jugak, tak update blog tapi still masuk advertisement. Macam tak fair bukan? Tulisan kali ini mengenai fesyen baju raya tahun 2013. Mari kita lihat koleksi baju peplum kurung batik chiffon kurung di tahun 2013 ini. Koleksi ini saya perolehi melalui lelong newsletter dengan tajuk menarik "manis berseri di pagi lebaran". Semoga menjadi inspirasi kepada anda semasa membeli baju raya nanti. Peplum Kurung Chiffon Two Color with Back Covers Plum Purple Colour Peplum Kurung Chiffon Two Color with Back Red Colour Peplum Kurung Chiffon Green Turquoise Colour Peplum Kurung Chiffon Two Color with Back Covers Silver Colour Peplum Kurung Chiffon Light Purple Colour Peplum Kurung Chiffon Two Color with Back Covers Ice Peach Colour Peplum Kurung Chiffo

Gempa bumi di Utara Sumatra, Indonesia - 2 Julai 2013; 3.37 minit

Gegaran gempa bumi yang terjadi di Utara Sumatra, Indonesia turut dirasai di negara kita Malaysia. Gempa yang berlaku pada jam 3.37 minit itu mengakibatkan kerosakan-kerosakan kecil seperti mana dilaporkan terus daripada laman web European-Mediterranean Seismological Centre Gambar kerosakan akibat gempa bumi dari sumber laman web Centre Seismologique European Mediterranean Kredit to : http://www.emsc-csem.org/#2