Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Artikel tentang gigi...kalau rajin bacalah

Aku paste artikel yang aku baca dari internet... PEMAKANAN BIJAK UNTUK GIGI SIHAT MAKANAN bergula tidak semestinya berkaitan dengan kaviti. Persoalannya adalah, berapa ramaikah di antara kita yang mengamalkan kebersihan oral sebaik sahaja kita makan gula-gula, kek dan coklat? Berbeza dengan kesihatan badan, ramai rakyat Malaysia tidak mengendahkan kepentingan mencapai dan mengekalkan kesihatan gigi yang terbaik. Tanpa disedari, hampir setiap hari kita makan makanan yang bergula, yang mengandungi sukrosa dan fruktosa. Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia makan lebih kurang 24 sudu kecil gula setiap hari berbanding dengan kuantiti yang sepatutnya iaitu hanya 50 gram (g) atau 10 sudu kecil gula*. Statistik juga menunjukkan bahawa sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mempunyai masalah gigi**. Kesan gula terhadap gigi Bakteria ataupun kuman lutsinar sentiasa bergelumang di dalam mulut kita. Biarpun gigi anda berasa bersih, bakteria yang tidak terkira jumlahnya

Usia dan gigi

Aku tengok orang perempuan ke lelaki ke(tapi aku dah tengok diri aku dah…)….semakin meningkat umur …makin gigi antara gigi tu nampak lompong…macammana nak bagi gigi Nampak muda remaja ye? Yelah…kadang2 tu…muka lawa(ni perempuan lah)….tapi bila bersembang…dah jadi tak lawa..pasal aper?kalau sembang an bukak mulut…at the same time Nampak gigi kan…especially bila seseorang tu tergelak dengan bukak mulut luas…hah…nampaklah gigi giginye…kan… Aku tak kata kat orang lainlah…ini…diri aku sendiri…aku dah nampak that I’m getting old …isk isk isk…my friend kata depa tak rasa diri tua…yelah…my husband pun kata macam tu…masih rasa macam umur 20…hmmm..umur 20 apenye…sebenarnya kita je yang tak sedar diri..ahhahahahahaha Oklah..sebenarnya macammana nak bagi gigi ni kuat dan tak teruk sangat sebelum waktunye yer….faktor pemakanan of course lah…pemakanan yang macammana? Ubat gigi yang sesuai yang macammana untuk gigi bila dah berusia ni… Guys…aku bukannya tua sangat …tapi bab gigi aku agak particular l

Selesai dah….conference technical kitorang

***ni aku....yes...i am not cantik dalam gambar ni...tapi actually aku cantik kalau korang tengok real..ahahhahahahahahaaaa....aku melawak je...sape yang nak puji kalau bukan diri sendiri... right?? Akhirnya selesai jugak program kerja yang satu ni….2 hari sebelum conference ni, hati aku dah gelisah…macammanalah aku nak present, apa yang aku nak present, nervous giler time present tu….memanglah format nak present dah ader…tapi korang imaginelah…kerje almost 10 years(habis tahun ni 10 years okey…)..this is the first time to present…all alone lah….not present by group anymore. Lega betul lepas present tu…tengok orang lain present nampak macam mudah….tapi bila dah naik kat rostrum tu, pegang microphone, pegang laptop….fuh…pelan pelan keketaran tangan dan nada suara dan everythinglah datang dalam badan…aku rasa cam lame je duduk kat atas tu….penilai bagi soalan pun 1 je….syukur Alhamdulillah..hehehehe ***Ni evaluator kitorang...heheheh... ***ni participants conference yang malas nak penuh

Pertandingan Dettol dan Nestle Trophy 2010

Pertandingan Dettol ni closing date dia end of this April, Nestle Trophy ni sampai end of Mei kalau tak silap. Sesape yang memang addicted nak masuk pertandingan…cubalah… Aku ni malas nak scan….aku snap je gambar borang tu…teruk kan aku?

Gambar ini adalah..ayah

Tajuk telah membayangkan gambar yang telah di muat turun adalah “Ayah”. Wahhh…skemanya ayat… Tulis ayat 2 skema rasa macam tak bebas pulak. Ok guys…gambar ni aku lukis jugak…… saper dia? Aku nak tulis jugak namanya tapi aku tak boleh nak taip sebentar…ala2 ilang ingatan….cis! Tapi the original pictures aku tak snap pasal aku dah keep back the image at the original location…Eh…aku tau aku punya B.I berterabur, but give me a chance to improve it through my writing ok. Dahl ah…hari2 aku speaking malay, nak buat karangan pun jauh sekali…lagipun English aku tak ade “band2” macam korang sekarang ni…heeheh..sedihnye… dulu2 time sekolah2 memang ada subjek B.I and of course akan ada bab mengarang dalam B.I. Thank you so much to my English teachers dulu, Mrs Tan Bee Na,(sekolah rendah), Cikgu Fathiah(sekolah menengah), Cikgu H…”H” apa ye…aku tak ingat …Thank you so much…without them maybe I will not interested nak tengok kartun(itu dulu2….) and maybe aku B.I punya lingkup kalau tak ade cikgu2 ya

Acik..kesian ko

Hai acik ...ni khusus untuk ko tulisan ni... Acik....k.nah tau pasal ape ko dah tak ade semangat nak exam...ko teriangat kat kampung kan...alah cik...ko tak payah lah nak kelentong k.nah...lagi2 roomate ko dah balik kan...alah relek lah cik...bukannya ko tak balik kampung ...sok luse ko balik jugak...cuma ko balik lambat sikit tu je...Cik...kalau ko balik pun kompom ko tido bangun jam 10 punyelah....feeling rehat 100 percent gitu kat rumah ye....lainlah kalau ko nak masuk kebun ngikut bapak..BETUAH LAH KO.....tak pe cik sabo ye....lambat pulak ko nak habis ye...tapi kalau ko dah habis ko nak ke sambung master cik???Sabo ye cik...ko pernah nampak kan..signboard JKR tu..." kesusahan hari ini untuk kesenangan anda dimasa depan " Betul ni cik...serius ayat tu ko boleh gunapakai untuk jadi tagline hidup ko...hehehehehe...jawab exam betul2 cik ye....semoga ko dapat pointer yang best2 sikit...ok..bye! * cik...bace macam ko bace surat okey.... lagi satu cik k.nah ade simpan ko punya

Tak larat pun jalan...

Gambar ni diambil sebelum pegi ke pasar malam...macam tak percaya ayah nak pegi ke pasar malam...selalunye dia tak nak pegi....Budak2 ni...walaupun penat tapi tetap seronok kalau bab nak bejalan...tak kisahlah...pegi jalan kat kedai makan pun jadilah...kesian kan??Nak buat macam mane....mak bapaknya kerja....itulagi satu kalau nak bejalan kena ada ongkosnya.....tak gitu sih!

Potret ke ni???..

Hari ni banyak benda aku nak tulis.....tapi aku ni bukannya pandai menulis ayat panjang-panjang....tak tau nak mengarang....itulah masalahnya... Ni dia gambar patin yang aku lukis hari tu. Saja tidak aku rotate untuk menunjukkan betapa tak profesional nya aku...hehehehehe Yang ni gambar hassan aku lukis....apa keras nya tangan aku melukis gambar orang ni(heee actually nak mintak kena puji ke?..oooo tak lah..serius) Amacam...ada macam pelukis amatur tak? *aku tak serius ayat ni...sesaje je...harap korang paham

This is the reality!

This is serious. Financial management kena bagus kalau nak selesa selepas pencen....... Read this; Perlu RM1j untuk selesa selepas bersara 22/04/2010 5:15pm KUCHING – Rakyat Malaysia memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk memastikan kehidupan yang selesa selepas bersara, kata Pengarah Kanan Hubungan Pelanggan ReMark Malaysia, Sasitharan Krishnan. Berdasarkan kajian yang dijalankan di kalangan sebilangan besar pesara di negara ini, katanya, ramai yang tidak dapat mencapai jumlah simpanan yang sepatutnya dan ini menyebabkan mereka terpaksa mencari kerja walau pun selepas bersara. Kegagalan membuat simpanan mencukupi, katanya, adalah disebabkan kerana mereka tidak merancang kewangan lebih awal dan tiada sikap disiplin dalam menabung. Kajian itu, menurutnya, turut menunjukkan bahawa simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikumpul bertahun-tahun lamanya hanya mampu bertahan dalam tempoh tiga tahun sahaja. "Keadaan ini amat membimbangkan. Dengan ini, sa

Perpustakaan Awam

Hari ni for the first2 time selama 9 tahun aku tinggal kat kawasan sini...this is my first time came to the public library kat Parit Buntar ni. Not bad ...aku bagi GRED B lah kot untuk library ni....buku banyak kat dalam library tu, suasana condusive, staf mesra dan ramah, but condition air cond and struktur dalaman bahagian library tu yang aku tak tahan tengok....aku nak snap gambar karang staf tu ingat aku ni wartawan ADUAN RAKYAT TV3 pulak....overall ok lah.....

Pertandingan Foto Flora Malaysia 2010

Kementerian Pelancongan Malaysia telah mengadakan satu pertandingan foto. Pertandingan ini berlangsung dari 1 April - 31 Mei 2010. DIULANGI CLOSING DATE ialah 31 Mei 2010. Kepada fotographer lovers take this golden opportunity. For more information click this link . Good luck!

AVIATION AUSTRALIA INTERNATIONAL STUDENT PROGRAM

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah belajar kat sini. Ini aku bagi address untuk sebarang pertanyaan , INTERNATIONAL AVIATION CENTRE FOR AIRLINE PILOT TRAINING AND AIRCRAFT ENGINEERING, 15 - 2, Jalan 3/62A, Bandar Manjalara, 52200 Kuala Lumpur, MALAYSIA Tel: +6 03 6280 0071 Serba sedikit yer... COURSE yang ader.... 1.Diploma of Aircraft Maintainance Engineering Mechanical(TB1) 2.Diploma of Aircraft Maintainance Engineering Avionics(TB2) Boleh e-mail kat person ni ; tokumar@streamyx.com GOOD LUCK!

Tahniah Hospital Teluk Intan

Ini aku copy paste dari berita haria online....surat rakyat ni macam ADUAN RAKYAT di TV3 tu lah kot...macammana??boleh..? Layanan mesra di Hospital Teluk Intan 2010/04/21 JUMAAT lalu, saya dimasukkan ke Hospital Teluk Intan kerana keguguran anak ketiga saya. Berita itu amat menyedihkan buat saya serta keluarga kerana bayi yang dikandung itu adalah anak kembar. Menambahkan kesedihan, saya disahkan menghidap anaemia dan tirod yang agak serius. Saya ditahan di hospital itu selama seminggu. Tetapi segala kesedihan yang saya dan keluarga hadapi terubat kerana layanan yang diberikan oleh jururawat, sister dan doktor di sana. Mereka semua tidak mengenal erti penat untuk melayan saya dan pesakit lain walaupun tiada rehat untuk mereka. Apabila diminta pertolongan dengan senyuman yang manis jururawat membantu kami tanpa banyak soal. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pasukan Dr Kamarul dan semua staf wad GD Hospital Teluk Intan kerana bersusah payah membantu saya. Hanya Allah

Pagi ni jam Ben 10...esok ape??

Cerita pagi ni khusus untuk ayah....Bacalah yah... Ayah ..pagi ni Harun dapat jam Ben 10...seronok sangat dia...dah mintak jam Ben 10 kat petronas, nak mintak Ultraman pulak....ooooooo mana boleh...ummi bukannye cop duit hari-hari. Dah dapat Ben 10...nak bagi roti suruh makan pun tak nak..kenyanglah agaknye tu.....adik Asan jugak tak dapat ape...dapat roti je...sian dia..sampai taska semua kawan2 kerumun dia...tengok jam Ben 10. Kira hari ni Harun hebatlah kat taska tu....jam tu siap ada bunyi2 lagi.... Tengok je lah gambar tu....

Skill melukis??....

Last week aku try melukis potret gambar Patin @ Fatin. Hmm...tak jadi...aku cuma ambil masa dalam 30 minit untuk cuba melukis dengan berpandukan gambar saiz pasport dia. Dah habis tenyeh sana tenyeh sini...sampai kepala pun tesenget2 punya feel nak melukis....nanti aku upload gambar tu...battery camera habis pulak... Bukan apa...it reminds me to my childhood.....hmmm...teringatlah zaman sekolah....teringat masa time lukisan masa form 4...start dari situlah aku minat...tapi lukisan tak lawa sangat pun....boleh buat orang gelak je kalau tengok....seronok kan zaman2 sekolah dulu?? Tak boleh nak explain dengan tulisan...seronoknya...tak seronok pun ade jugak...kalau di beri peluang korang nak tak kembali ke masa silam??? Yang pasti semua perkara dan kenangan yang berlaku tu lah yang menjadikan perjalanan hidup kita semakin matang dan dewasa hingga ke akhir hayat.

Beautiful Nara and Tudung Nara

Aku ni memang suka baca ruangan gosip gosip kat dalam website beautiful nara ni...website ni dikenalkan oleh kawan aku ..Alih2 semalam aku ada terbaca pasal tudungnara pulak dalam surat khabar utusan bahagian mega....Congrats ya! Telah berkembang cabang "nara" dalam dunianya sendiri. Baca Website penuh Beautiful nara disini Baca link penuh Tudung Nara disini

We got our "ayah" back

Tengok pada tajuk posting jangan speku bukan2 hokey....hehehe...aku bersyukur kerana dah anak2ku dapat their ayah kembali...syukur alhamdulillah....siapa sangka suamiku dah sihat sedikit..boleh pergi kerja tanpa mc2 like before this. Tapi kuasa Allah siapa yang tahu bukan? Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kami sekeuarga...Amin

Hujan...aku suker

Wah..petang ni hujan turun lebat betullah..aku suker hujan. Hujan tu rahmat...syukur alhamdulillah...nyaman betul petang ni....seronok tengok masa hujan tadi...ahhh segar rasenye...dah tengok hujan masuk bilik ber 'aircond' pulak...lagilah nyaman...erkk..nyaman ke malas? hehehehe anak cina makan pengat, sendiri mau ingat..hehehe

Bila Fatin bersukan

Kanak-kanak bersukan sebenarnya seronok. Kanak-kanak aktif,cergas dan letih...hehehehe tapi ibu bapa lagi letih menunggu. Kalau dapat hadiah tak mengapalah...macammana kalau yang tak dapat hadiah??tak apelah...sekurangnya they really merasai zaman kanak-kanak .Eh tapi tajuk post ni "Bila Fatin bersukan"...saper Fatin tu?..ohh...she is my only daughter(buat masa ni..hehehhee)

Zoo Taiping ..Lokasi Wajib Anak2ku

Jomkita jalan2 kat taiping pulak. Tempat yang menjadi lokasi wajib kanak2....zoo Taiping...(huhuhu...boring nyer..)layari laman web zoo taiping ni kalau nak tahu ada apa...gambar ni...saja suke2 je...okey.layannn

Cantiknya pemandangan jambatan Pulau Pinang

Pulau Pinang ni seronok...banyak tempat yang menarik...tapi kat sini cuma boleh letak gambar jambatan pulau pinang snap dari dalm kereta saja...sekadar tatapan.... Sesiapa yang nak tahu tentang pulau pinang boleh klik kat sini :Pulau Pinang info

Jalan ke Bagan Datoh pulak!

Untuk pengetahuan, Bagan Datoh ni terkenal dengan pokok kelapa. Sepanjang jalan nak ke Bagan Datoh tu bermacam ladang yang ada...kejap nak ingat...argh..tak boleh nak ingat nama pulak...nanti tersilap besar impaknya kat readers.Kita layan gambar di jeti Bagan Datoh(kitorang sebut Bagan Datok...ngape ye...?ikut slang mulut kottt) Sedikit info klik kat sini Pemandangan petang yang sungguh indah...(statement sungguh poyos)hehehe

Jom jalan ke Bukit Merah

Pada sesiapa yang familiar dengan Bukit Merah Lake Town Resort ni, dinasihatkan tak payahlah baca...nanti menjadi bosan pulak. Kepada yang tak pernah pergi lagi...bolehlah tengok2 mana tahu in future nanti nak jalan ke sana.Bukit Merah Lake Town Resort ni lokasi dia cukup memudahkan pengunjung kalau nak ke sana. Nak ikut higway boleh jalan kampung pun boleh. Kalau dari pekan Parit Buntar tu cuma 10 minit je...opsss chopp ..10 minit nak ke plaza tol Bandar Baharu Kedah...jangan salah sangka...Mula 2 nak pegi semua orang seronoklah kan....last2 dah gerak 1/2 jam duduk dalam kereta..muka masing2 boring je..apa2 pun layan gambar .... For more info....klik website Bukit Merah Balik time...Horeyyy..dah tak larat