Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Tip Tip menulis brochure

Kita bersambung lagi tentang brochure...kali ini berkaitan tips menulis brochure. Selamat membaca! Cara menyusun elemen-elemen dalam brochure yang dikehendaki haruslah kreatif mampu membuatkan pembaca mahu mengetahui lagi ...dan lagi dan lagi . Brochure yang menarik adalah brochure yang menonjolkan produk utama seiring dengan tajuk utama. Disini di berikan contoh-contoh ayat tarikan: • Anda mempunyai masalah serangan anai-anai yangteruk? Baca selanjutnya untuk mengetahui cara menangani masalah tersebut… • Bagaimana kami dapat membantu anda? • Apakah manfaat perkhidmatan ini kepada anda? • Di manakah lokasi kami? • Berapakah harga perkhidmatan ini? Brochure yang didatangkan dalam format soalan dan jawapan adalah adalah brochure yang terbaik. Dengan memberikan soalan, pembaca akan lebih berkeinginan untuk mengetahui dengan membaca dan membaca seterusnya untuk mendapatkan jawapan. Apa yang hendak anda tonjolkan adalah produk dan nama produk bukan? Tetapi harus dingat jangan dilupakan ayat

EDEN Bakery

Bulan ni bermulalah era perjalanan aku ke hospital lagi....aku nak cerita pasal roti EDEN kat Hospital Pulau Pinang. Memang aku suka roti yang di buat kat kedai ni...bila lalu je, bau roti2 tersebut memanggil2 aku suruh beli. Macam2 roti ada kat EDEN ni....korang tengoklah gambar yang aku amik ni...tapi bukan gambar rotilah...aku ambik yang terlekat kat dinding kedai roti ni je...dan aku ada snap satu sudut kedai EDEN Bakery ni ...jom layan gambar kek2 ni....sotapnye....

Brochure a.k.a Risalah

Dah lama aku tak update blog...sibuk dengan kerja 8-5 dan anak2 aku yang tengah membesar.....aku nak update waktu malam...aku sendiri pun dah terbongkang... Oklah...aku nak menulis tentang brochure atau risalah. Tulisan tentang brochure ni lebih kepada brochure atau risalah untuk sesuatu produk. Aku tulis ni berdasarkan bacaan yang aku baca sebelum-sebelum ni....kalau bagus korang jadikanlah panduan, kalau tak bagus just komen aje k! Cara penulisan ni aku tulis agak formal sikit...so korang bacalah dengan intonasi, nada dan feeling formal. Selamat membaca! Pengenalan Brochure atau risalah adalah helaian kertas yang mengandungi maklumat dengan tajuk dan tujuan yang telah ditentukan objektifnya. Pada asasnya brochure sebenarnya merupakan sebahagian elemen penting dalam perniagaan kita. Ia memaparkan kita sebagai individu yang mempunyai sebuah perniagaan dan sekaligus memperkenalkan perniagaan kita kepada umum. Mengapa Brochure? Brochure boleh di kongsikan kepada ahli keluarga, sahabat

Konvoi again

Bulan ni banyak kali terserempak dengan geng2 bermotor.....aku menulis ni mewakili keinginan ayah...poor him...he really dream the motor....but what can we do? We don’t have enough money...ahhahahaha just can dream all the time ye yah ! Naik Kriss jelah Ayah dah cukup laju..... Geng motor kali ni dari Taiping Riders Club. Siap bawak anak2 seklai naik motor besar2..(hujan basah jugak ....) Aku snap je gambar ni...masa diorang sampai...walaupun ada muka agak2 brutal...tapi I make my self like innocent people..... Just see the pictures.... This is the link that I found on the net.....tak berapa detail pun..just bolehlah nak tengok aktiviti diorang.... http://taipingridersg roup.blog spot. com/

Pertandingan mewarna,Giant Prai,Penang

Berkobar2lah kitorang ni bawak patin pegi masuk pertandingan mewarna sempena Hari Pengguna(cehhh konon nyalah…hehehe)......dahlah sesat nak cari Giant tu…cari guna GPS pun tak jumpa. Tengok signboard macam dah dekat je…Giant ni memang suka buat kat tempat terpencil2 agaknye kot…dulu kat Taiping pun sama jugak…kitorang cari Giant punyalah jauh tempat dia…sekali jumpa tu ha…..Giant Taiping dalam kawasan lombong..manalah kitorang nak jumpa…. Dah dekat setengah jam, minyak kereta pun dah nak habis, barulah jumpa Giant tu…sampai 2 jekanak2 lain dah mula mewarna…. Punyalah berkobar jugak tunggu pengumuman pemenang…lastnya …..patin tak menang untuk kategori dia 7-9 tahun…..tak pelah…patin dapat sijil, minuman Twister Orange dengan beg tu pun dah ok.. Tapi ayah tu sebenarnya mengharapkan patin menang kan ayah kan? Kalau korang rajin nak masuk peraduan, pegilah kat website pengguna ni…http://www.mypengguna.com/mypengguna/…ada macam2 pertandingan. Good Luck!

Kuala Sepetang, Perak

Kalau dah nama Kuala Sepetang, maknanya sepetang jugaklah kitorang kat situ….tempat ni wajib lawat oleh pencinta2 alam….kat sini aku nak ucapkan TAHNIAH kepada ayah sebab membawak kitorang ke sini. Bukan senang nak ajak ayah pegi tengok tempat2 nature ni….maklumlah…open air, not air conditioner… Kuala Sepetang ni dulunya dikenali dengan nama Port Weld. Ingat tak zaman sekolah dulu ada belajar pasal Port Weld? Sepanjang ke sini, kedatangan korang akan di sambut oleh pokok2 bakau di sepanjang kiri kanan jalan menuju ke Kuala Sepetang…agak jauh jugak dari pekan Taiping, aku tak boleh nak agak berapa kilometer…inikan pulak nak agak dalam batu…jenuh aku nak kena kira batu jalan tu pulak(terima kasih kepada bapak aku kerana memperkenalkan unit batu menggantikan kilometer…heheheheh..tapi sampai sekarang pun aku masih tak tau.angguk jelahhhhh….hehehehe) Kat Kuala Sepetang ni jugak ada kilang arang kayu yang terkenal....signboard dia "Charcoal Factory" Boleh baca kat sin

Bukit Merah Lake Town Resort Promosi

Sempena promosi Bukit Merah Lake Town Resort ni, apa kata korang bawak anak-anak ke Bukit Merah Lake Town. Sekarang ni sedang dalam promosi. Sesaper yang sukakan tempat tu, nak pegi seminggu 3 ke 4 kali pun tak per kot…pasal tengah ada rate promosi. TAPI YANG TAK BESTNYA….Promosi ni hanya untuk penduduk yang ada mykad beralamat di Daerah Kerian ajer….ishh…..aku pun tak bolehlah kalau macam tu…kesian kan…. Tiket promosi ni untuk masuk ke WATERPARK SAHAJA … …aku tak ingat berapa harga tiket sebelum ni….tapi kali ni diorang buat promosi WATERPARK = RM 15 SAHAJA Cepat2lah plan...aku rasa promosi ni sampai end of this may. Korang boleh rujuk website ni.... http://www.bukitmerahresort.com.my/waterpark.htm "Siapa penduduk daerah Kerian ni?? Daerah Kerian dibahagikan kepada lapan buah mukim iaitu Mukim Parit Buntar,Bagan Tiang,Tanjung Piandang,Kuala Kurau,Bagan Serai,Beriah,Gunong Semanggol dan Selinsing, Daerah Kerian dibahagikan kepada lapan buah mukim iaitu Mukim Parit Buntar,Bagan T

Parit Buntar,Perak

Aku langsung tak terfikir akan menetap kat sini. Yelah dah kerja sini kena lah duduk kat sini kan? Kat pekan ni adalah Old Town, tapi aku tak pernah pegi lagi. Err…ada yang kata “non halal” betul ke?? confirm please….. Ni bus station Parit Buntar, not bad jugaklah…satu masa dulu aku pun salah seorang pengguna khidmat bas kat sini jugak….tak taulah in future…kot kena naik bas balik…naik sajalah labu……. aku bukan saje2 datang sini ambik gambar….kebetulan jer….nak ambik ayah, tunggu dia lama lah jugak….sempat aku snap gambar. Err..korang tak nak melawat parit buntar ke???jemputlah datang…kat sini ada….Hotel Damai dan Parit Buntar In. itu saje setakat ni.

Sunyi hari ni…

Sunyi betul rasanya hari ni…..kawan-kawan tak ader. Makan angin habis-habisanlah budak-budak technician tu kat Damar Laut. Waaaaahh… aku jugak yang tak pegi. Tak pegi tu tak pelah kan…aku pun tak tahan jalan nak ke Damar laut Segari tu…muntah aku masuk jalan bengkang bengkok macam tu…cis, ngapelah jalan nya teruk sangat….. Terima kasih kepada pembantu aku En.Shaharin untuk 2 hari ni kerana sudi ambik anak aku…patin balik sekolah dan uruskan dia tengah hari ni..terima kasih sekali lagi…hahahahahahaha…selalu aku jer yang amik patin kan…alah sekali sekala apa salahnye ayah kan???hehehehe