Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

TOP 3 insurans pilihan rakyat Malaysia bagi tahun 2012

Tulisan ini hanya berdasarkan pendapat saya sendiri mengenai insurans kesihatan. Pendapat yang saya kira mewakili golongan berpendapatan pertengahan , kerana saya tergolong didalam kumpulan itu. Tidak semua orang di Malaysia mampu memiliki insurance kesihatan, tambahan pula kemudahan kesihatan di hospital dan klinik-klinik kerajaan telah dinaiktaraf dan bertambah baik. Itu saya akui. Bagi golongan berkemampuan adalah tidak mustahil mereka boleh memilik insurans dengan kadar bayaran mampu milik mereka setiap bulan ataupun melalui bayaran tahunan kepada insurans kesihatan tersebut.  Saya sekeluarga memang memiliki insurance kesihatan Prudential BSNTakaful. Dan setiap bulan kami menjelaskan bayaran hampir RM 600 untuk perlindungan insurans yang merangkumi 5 orang untuk kami sekeluarga(++3 orang anak). Saya boleh mengatakan ada bagusnya memiliki insurance kesihatan ini, namun ada juga yang kurang memuaskan hati. Semua insurans kesihatan mengatakan pelanggan boleh mendapat tuntutan w

New Post On Blog : Autopublish - Cara Publish entry di blog secara automatik

Gunakan Setting yang terdapat di Post Setting untuk publish post anda secara automatik dan berjadual. 1. Post Settings - Schedule 2. Klik Set Date and Time, Pilih tarikh bila anda hendak new post di blog anda keluar. 3. Klik Done.; Selesai. Semoga berjaya!

Want to be on TV with celebrities? : Peraduan Kotex Memberku

Ada yang teringin untuk muncul di kaca tv? Jom sertai peraduan ini Kotex Memberku . Yang berminat mesti log in ke Facebook masing-masing dahulu.

Pulau Pinang : Cuti sekolah - Tempat menarik dilawati

25 Mac - 31 Mac 2013 adalah cuti persekolahan bagi anak-anak yang bersekolah. Pulau Pinang boleh dijadikan salah satu agenda untuk bercuti bersama anak-anak. Destinasi tumpuan ramai pengunjung untuk bercuti di Pulau Pinang adalah seperti : Bukit Bendera Harga Ticket for train                 Adult ( Dewasa ) - RM30.00 RM8.00 Senior Citizen ( Warga Emas ) - RM30.00 RM4.00 Child ( Aged 4 -12 years ) Kanak-kanak ( Berusia 4 - 12 tahun ) -   School/College/University Student Pelajar Sekolah/Kolej/Universiti - RM15.00 RM4.00 Check out for Family Package   ticket price. Klik laman web PenangHill untuk maklumat lanjut. Fort Cornwallis Admission Fee Adult  : RM2.00 Child  : RM1.00 Klik laman web Visit Penang untuk maklumat lain. Botanical Garden Tanjong Bungah Batu Feringghi Teluk Bahang Pulau Jerejak Padang Kota Lama Muzium Perang Taman Burung  Boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web Cu

How to get Buffered Earning : Tips dapatkan Buffered Earning

Saya tahu bukan semua blogger yang menulis blog mengejar duit. As a blogger I can see that we have a chances to get some money from internet. I choose NUFFNANG as a medium between my blog and BIG ADVERTISER. Once, I've wrote a ticket to Nuffnang Team. The ticket is about "How my blog can get Buffered Earning?" I dont aspect they could respon on my ticket promptly. This is my ticket to the Nuffnang Team. "Could your team please advice me how to make my blog more fantastic, useful and interesting to people read more and how to get Buffered Earning. I really appreciate your help and support." I just quote the important thing they advise me. Here a tips we can practice to get the Buffered Earning. NUMBER ONE : Your blog reader target As advertisers always have a target audience for their campaigns to address to, they will choose blogs with suitable blog readers as their target audience. NUMBER TWO : Fill in blog survey Many bloggers

Pertandingan Kepenggunaan : Hari Pengguna 2013

Bersempena ulang tahun ke-12 Pertandingan Kepenggunaan dianjurkan, FOMCA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengadakan sekali lagi Hari Kepenggunaan bermula MAC ini sehingga 16 Julai 2013. Berikut adalah senarai pertandingan yang di adakan pada tahun 2013 ini. 1) Pertandingan Mengarang Esei  Kepenggunaan (5 Kategori) 2) Pertandingan Melukis Poster dan  Mereka Bentuk Poster Grafik  Kepenggunaan (5 Kategori) 3) Pertandingan Melukis Kartun  Kepenggunaan 4) Pertandingan Blog Kepenggunaan  (2 Kategori) 5) Pertandingan Fotografi Kepenggunaan  (2 Kategori) 6) Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan 7) Pertandingan Video Montaj  (2 Kategori) 8) Pertandingan “Speak Up” (2 Kategori) 9) Pertandingan Mewarna Kepenggunaan 10) Pertandingan Anugerah Penyertaan  Terbanyak Peringkat (2 Kategori) 11) Kempen Penjimatan Air ‘MyWater’ (2 Kategori) Mungkin ada yang berm

Olay White Radiance Regime

Recommended White Radiance Regime Although I've been used this products since 5 month ago, I still dont know clearly which step is right to follow. Just found this while surfing through this website... Olay.com.sg . This is for White Radiance Olay user.

Brochure : Saiz brochure untuk rujukan

Untuk membuat brochure didalam Microsoft Publisher, Design dan keativiti sama penting dengan maklumat yang hendak dimasukkan ke dalam brochure yang diingini. Untuk brochure yang melibatkan promosi produk dan pengenalan kepada perniagaan, maklumat yang hendak dimasukkan ke dalam brochure hendaklah; 1. Maklumat yang tepat 2. Maklumat tidak meleret-leret. Elakkan brochure seperti sebuah novel, ringkaskan maklumat tetapi haruslah tepat kepada sasaran iaitu pelanggan. 3. Lokasi, produk, harga, no telefon ataupun nama yang harus dihubungi haruslah berada didalam brochure supaya pelanggan yang berpotensi  tidak tertanya-tanya. 4. Design yang simple tetapi mampu menarik perhatian Kepada yang sedang mencuba design brochure sendiri, yang berikut bolehlah dijadikan rujukan. Saiz brochure dalam inci untuk perisian Microsoft Publisher.

Women : Tips Kuruskan Lengan

Orang perempuan apabila meningkat usia, lemak-lemak mula memenuhi lengan, pinggul, perut dan peha. Saya juga begitu. Tidak menuding jari kepada orang lain. Puncanya cik lemak-lemak timbul adalah malas bersenam, walaupun pemakanan dikurangkan, tetapi tidak memberi apa-apa makna kerana saya tidak bersenam. Saya membaca di laman web Kevin Zahri : Cikgu fittness. Salah satu senaman yang mudah untuk di cuba, iaitu senaman kuruskan lengan. Mari kita cuba bersama-sama senaman ini. 1. Angkat berat : Boleh gunakan dumbell, atau kalau tak ada boleh digantikan dengan boto berisis air di rumah. 2. Makanan : Jaga apa yang kita makan, utamakan sayur, daging, kekacang, buah, makanan rendah karbohidrat dan makanan berasaskan tenusu 3. Minum air masak : 8 gelas sehari adalah paling baik 4. Aerobik : Windmill exercise, tengok gambar di bawah. Tangan kanan cuba capai hadapan kaki kiri, bangun semula, tangan kiri cuba capai hadapan kaki kanan dan ulang semula latihan ini. 5.Boxing

Rumpai laut sebagai collagen. Berkesankah?

Tahun lepas banyak maklumat mengenai rumpai laut mentah di internet. Tahun 2013 ini lagi bercambah-cambah maklumat di internet dari segi permintaan penjualan dan pertanyaan khasiatnya. Ini disebabkan permintaan yang tinggi di kalangan kaum wanita. Sayalah diantara orang yang termasuk didalam golongan "permintaan" itu. Sebelum ini pernah mencuba BWhite ,Soy Collagen dan produk Atika Beauty,  tapi saya stop atas sebab-sebab tertentu. Kebergantungan orang perempuan ni terhadap suplemen makanan untuk menjaga penampilan diri dalam dan luaran banyak sekali. Majalah ANIS bulan Mac 2013, tulisan oleh Dr. Nurhalina Azly binti Minhat (Tulisan bertajuk : Atasi kulit kedut dan kendur) mengatakan bahawa pengambilan vitamin A dan C adalah perlu bagi menggantikan kolagen yang hilang. Kembali kepada tajuk Rumpai Laut, saya ada membaca di internet bahawa setakat ini tiada kajian saintifik yang di buat mengatakan rumpai laut mampu menggantikan colagen yang telah hilang dalam tubuh bad

Apakah sebenarnya Tutti Frutti ni?

Tutti Frutti adalah salah satu jenama franchais perniagaan di Malaysia. Produk utama Tutti Frutti adalah yogurt yang mempunyai pelbagai perasa buah-buahan. Pelbagai perisa yang boleh didapati di kiosk Tutti Frutti ni. Ada 50 perisa yogurt Tutti Frutti ini. Boleh rujuk perisa di website Tutti Frutti sendiri.  Nak makan Tutti Frutti ni kena tambah topping. Tak semestinya kena tambah, selalunya budak-budak je yang suka tambah topping-topping ni. Harga Tutti Frutti ni adalah RM0.53 sen setiap 10gm include cup yogurt. Tak kira saiz cup apa pun setiap 10gm = RM 0.53 sen. Kalau teringin nak makan Tutti Frutti dinasihatkan bawa duit yang secukupnya. Selalunya satu cup akan mencecah harga belasan ringgit termasuk topping.   Selalunya yogurt Tutti Frutti ni kanak-kanak je yang suka.   Kredit to website : Tutti Frutti dan koleksi peribadi ummi

Gunakan Ms Office Publisher 2007 : Buat brochure perniagaan menggunakan Ms Publisher

Membuat brochure tidaklah susah sekiranya kita tahu asas menggunakan perisian Ms Office. Dalam microsoft office terdapat perisian Ms Publisher yang dapat membantu kita melakukan kerja-kerja membuat brochure mengikut rekaan yang diingini. Untuk pengguna Ms Office 2007 tidak perlu risau kerana Microsoft telah memasukkan sekali Ms Publisher didalam pakej Ms Office. Tidak seperti Ms Office versi sebelumnya. Sedikit perkongsian dari saya bagaimana untuk membuat brochure menggunakan Ms Publisher. Langkah pertama : Start- Microsoft Office -  Microsoft Publisher Langkah Kedua: -Pilih Brochure -Buat pilihan template anda. Contoh, saya memilih template 'studio' Ini adalah page 1 Brochure didalam Ms Publisher. Petak yang mempunyai garisan putus boleh di edit. Dibawah adalah page 2 didalam Ms Publisher. Sekarang bolehah mula membuat brochure mengikut kreativiti masing-masing. Boleh cuba gunakan images daripada internet. Google sahaja perkataan image