Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Biskut hari raya - Biskut sarang semut

Biskut Sarang Semut Bahan2 250 gm butter 100 gm gula halus 350 gm tepung gandum -diayak 100 gm tepung jagung-diayak 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanila Hiasan Sedikit coklat rice sedikit manik gula kecil(warna-warni) Paper cup secukupnya Cara2 1. Pukul kembang butter dan gula 2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla , gaul rata 3. Masukkan tepung dan gaul rata sehingga menjadi seperti doh 4. Parutkan adunan tadi menggunakan penggarut acuan biskut sarang semut 5. Sudukan ke dalam paper cup , hiaskan dengan sedikit taburan coklat rice dan manik gula  kecil 6. Bakar dalam oven, suhu 180'C sampai masak ,anggaran masa 15 minit 7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara Tips : Jika menggunakan marjerin atau planta, sukatan tepung jagung yang digunakan adalah dilebihkan sedikit berbanding daripada sukatan dalam resipi. Ini kerana adunan biskut menggunakan marjerin lembik sedikit berbanding menggunakan butter. Sedikit perrkongsian ilmu yang tidak seber

Pemandangan indah dari Feri Pulau Pinang

Pemandangan Pulau Pinang dari atas feri Selain daripada jambatan Pulau Pinang, orang ramai yang ingin berkunjung ke Pulau Pinang boleh menggunakan feri sebagai alternatif lain. Dapat dilihat pemandangan indah negeri Pulau Pinang dan alunan air laut merupakan suatu pemandangan indah yang dapat dinikmati semasa perjalanan feri ke Pulau Pinang. Mari lihat gambar yang dirakam ketika kami menaiki feri ke Pulau Pinang. Kenderaan di laluan masing-masing semasa menunggu giliran masuk ke feri Keadaan semasa di atas feri Perlahan-lahan jeti di tinggalkan Sebuah kapal dari negara Jepun yang sempat dirakam

Tempat menarik di Pulau Pinang - Bukit Bendera

Apa yang menarik di Bukit Bendera adalah pemandangan negeri Pulau Pinang yang boleh di lihat dari atas bukit.   Pemandangan akan kelihatan lebih menarik bila tiba waktu senja kerana pada waktu tersebut akan kelihatan lampu-lampu menghiasi pemandangan negeri Pulau Pinang.     Kabel car di gunakan untuk pengunjung sampai ke Bukit Bendera. Bagi yang sukakan cabaran boleh ke Bukit Bendera melalui jalan lain di tempat yang bernama Kebun Bunga. Melalui Kebun Bunga perjalanan lebih mencabar dan akan mengambil masa kerana laluan yang harus ditempuh untuk naik ke atas Bukit Bendera adalah sejauh 5 kilometer. Manakala melalui kabel car pula pengunjung hanya perlu membeli tiket, beratur menunggu giliran untuk menaiki kabel car dan lebih kurang 5-8 minit anda telah sampai ke puncak Bukit Bendera. Dinasihatkan untuk membawa mykid anak-anak jika berkunjung ke Bukit Bendera kerana ia diperlukan (untuk diskaun harga tiket) semasa membeli tiket. Di atas Bukit Bendera anda harus bersedi