Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Buat Logo menggunakan laman web Cooltext Online

Kerja design logo dapat dilakukan dengan mudah dan cepat dengan adanya laman web yang menyediakan kemudahan ini. Salah satu laman web yang saya jumpai adalah laman web cooltext . Hmm...se cool laman web yang telah dibangunkan begitulah hasil logo yang akan diperolehi jika menggunakan kemudahan di laman web ini. Anda boleh cuba sendiri sama ada berbaloi atau tidak mendapatkan logo mengikut citarasa anda sendiri. Klik ke laman web cooltext untuk bersedia mendapatkan logo anda di sini! Kredit to : Cooltext online

Cara mengecat rumah yang betul

Di bawah ini disediakan tips-tips berguna jika anda mahu memulakan kerja-kerja mengecat rumah. Kenal jenis cat Terdapat 2 jenis cat utama. Kedua-duanya bersifat cair. Selalunya dikenali sebagai cat berasaskan minyak (gloss) untuk kayu atau logam, dan yang berasaskan air (emulsion) untuk dinding dan siling. Cat minyak mesti dimulakan dengan cat asas atau ‘undercoat’ terlebih dulu. Cat emulsion tidak perlu ‘undercoat’ tetapi ia perlu disapu dua atau lebih kali di atas sesuatu permukaan bagi memadamkan warna permukaan asal. Lapisan pertama cat emulsion bertindak sebagai ‘undercoat’. Anda boleh memahami dan lebih mengenali cat di laman web seni hias . Sebelum memulakan kerja-kerja mengecat anda perlu tahu apa dan persediaan yang perlu anda ambil. Ini bagi memudahkan anda melakukan kerja-kerja mengecat. Bersihkan permukaan yang mahu dicat Bersihkan permukaan yang hendak di cat. Bersihkan dari habuk, lumut, contengan atau apa saja yang boleh mencaca

Emas memang cantik dan bernilai...

Emas memang cantik dan bernilai, tetapi tahukah anda disebalik kecantikan dan nilai emas yang tinggi itu memerlukan pengorbanan yang besar untuk mendapatkannya? Gambar-gambar di bawah merupakan gambar kanak-kanak di Mali, Africa. Mereka adalah sebahagian daripada pekerja-pekerja lombong di Mali yang bekerja di lombong-lombong emas demi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sekitar 20,000 kanak-kanak bawah umur 18 tahun dipaksa bekerja di lombong tersebut. Kanak-kanak yang berumur seawal 6 tahun bekerja bersama ibu bapa mereka dan juga ada kanak-kanak yang datang dari negeri jiran di Mali yang bekerja di lombong tersebut. Kanak-kanak ini sebenarnya terdedah kepada risiko keracunan merkuri, salah satu bahan paling beracun di dunia. Setiap hari kanak-kanak ini bekerja di lombong dengan membawa beban yang lebih berat daripada badan mereka sendiri, memanjat lombong yang tidak stabil dan menyentuh serta menghidu merkuri secara tidak langsung setiap hari. Kebanyakan kanak-kanak te

Harga Emas murah Mei 2013

Jika anda merancang untuk membeli emas, sekarang adalah masa yang sesuai. Terkini, melalui facebook Wah Chan Gold , harga pasaran terkini bermula 20 Februari 2013 adalah: Emas 999 : RM195/gm Emas 916 : RM185/gm Emas 835 : RM169/gm Manakala untuk Emas bar Public Gold pula harga adalah seperti berikut: Boleh rujuk di laman web Public Gold dari masa ke semasa. Emas memang aset yang menguntungkan. Kalau anda mempunyai masalah kewangan, Pajak Gadai Ar-Rahnu Bank Rakyat boleh membantu anda. Ar-Rahnu menawarkan upah simpan yang rendah. Ataupun YAPEM juga menawarkan pembiayaan seperti Ar-Rahnu Bank Rakyat Bagi penduduk di sekitar Parit Buntar, terdapat 2 Kedai Emas iaiatu Kedai Emas Idaman dan Kedai Emas Ridwan yang berada di Pusat Bandar 1. Kedai Emas Idaman berada sebaris dengan Kedai Pemborong Tudung Bawal Kazaba dan Kedai Emas Ridwan berada sebaris dengan Farmasi Najwa di Pusat Bandar.

Colour of the year dan fesyen baju raya 2013

EMERALD IS COLOUR OF THE YEAR FOR 2013 Di gambarkan sebagai - a lively, radiant, lush green, adalah merupakan warna yang mendominasi Tahun 2013. Mungkin tahun ini warna hiasan rumah dan fesyen pakaian boleh menggunakan warna emerald untuk mendapatkan mood pada tahun 2013. Boleh lihat laman web di  pantone website  untuk mendapatkan lebih banyak info. Credit image to pantone website

Bagaimana memilih membeli karpet

Berbagai jenis pilihan karpet di kedai memang membuatkan kita jadi rambang mata. Fokus utama jika hendak membeli karpet adalah fikirkan kawasan yang hendak menempatkan karpet yang di beli. Contohnya di ruang tamu, ruang keluarga, dalam bilik tidur, bilik bacaan dan sebagainya. Tips di bawah boleh digunakan semasa membuat pilihan membeli karpet. Fikirkan fungsi kawasan yang hendak diletakkan karpet Karpet di bilik tidur lebih sesuai corak mewah dan lembut. Ruang tamu dan ruang keluarga boleh gunakan karpet berkualiti tinggi. Ruang makan pula pilih karpet yang mudah di bersihkan. Pastikan selamat Karpet yang di buat daripada bahan "wool", jerami dan bahan organik sesuai untuk yang menghadapi masalah kesihatan contohnya seperti penghidap asma. Pilih karpet yang tidak menggunakan bahan pewarna atau pewarna organik bagi mengelakkan pembiakan bakteria dan haiwan lain. Warna yang sesuai Pilih warna karpet yang terang agar ruang kelihatan luas. Warna gelap

Senarai hotel di Pulau Pinang

Jika bercuti ke Pulau Pinang, mungkin anda perlukan tempat untuk bermalam. Jangan risau, anda boleh check melalui laman web Penang Most Popular Hotels and Resorts untuk mengetahui maklumat hotel-hotel yang terdapat di sekitar Pulau Pinang...dan jika anda perlukan panduan tempat menarik di Pualu Pinang serta tips-tips melancong ke Pulau Pinang anda boleh klik link ini : Penang travel Guide Dibawah ini sedikit info hotel yang terdapat di Pulau Pinang. Bayview Hotel Room Types Standard Room (limited view) Superior Hillview Deluxe Side-Seaview Grand Deluxe Seaview Family Room - Hillview Family Hillview Suite Family Side-Seaview Suite Seaview Suite Address & Contact number: Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Penang, Malaysia. Telephone: +(604) 881 2123 Fax: +(604) 881 2140 E-mail: reservations.bbr@bayviewhotels.com Website: www.bayviewhotels.com/beach Sunway Hotel Room Types Deluxe Room Executive Room Suite Address : Sunway

Produk pencuci muka yang boleh kurangkan blackhead

Biore Facial Foam Pore & Oil Clear Semenjak beberapa bulan yang lepas saya dapati blackhead di hidung timbul  dengan banyak sekali  dan kasar  apabila disentuh. Walaupun umur sudah 3 series, untuk penjagaan wajah...saya lebih sukakan cara yang ringkas dan cepat. Walaupun baru menggunakan biore facial foam pore and oil clear ini(satu tiub pun belum habis), kesan warna hitam blackhead di hidung berkurangan. Berbaloi untuk mencuba produk Biore ini kerana harganya pun murah serta boleh didapati di pasaraya. Saya menggunakan Biore Facial Foam Pore and Clear sewaktu dirumah, dan  Biore Facial Foam Pure Mild saya gunakan di pejabat. Sebelum ini saya dapati muka agak kusam, tetapi setelah menggunakan 2 jenis produk ini...saya rasakan ada perubahan dari segi brightness. Bagi saya, cukup sekadar tiada blackhead, whitehead dan jerawat di muka pun sudah cukup  memadai dengan Produk Biore ini. Maklumat ini saya copy daripada laman web Biore Bersihkan pori dan minyak berlebi

Cara hilangkan sembab dibawah mata dengan timun

Timun boleh di gunakan untuk mengatasi mata yang sembab. Caranya adalah dengan menggunakan 2 hirisan nipis timun yang telah disejukkan dalam peti ais. Letakkan di mata semasa hendak tidur. InsyaAllah mata akan jadi segar pada keesokan harinya. Selain daripada itu timun juga boleh di jadikan jus minuman. Blender 1 biji timun bersama 2 cawan air, tapiskan dan sedia untuk diminum. Boleh ditambah gula untuk rasa manis sedikit.

Cara Hilangkan whitehead dan blackhead, Memudarkan parut; Tips cantik semulajadi dari sumber di dapur

Untuk memudarkan parut di muka atau bahagian badan anda, boleh cuba gunakan serbuk kulit kayu manis. Caranya : 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis dibancuhkan dengan sedikit air. Sapukan rata di bahagian yang berparut, lakukan beberapa kali...InsyaAllah, akan hilang parut tersebut. Kulit kayu manis ini agak panas jika diletakkan di muka dengan kuantiti yang banyak, jadi hanya gunakan sedikit sahaja. Cara sebegini memerlukan azam dan kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan hasilnya. Buah tomato boleh digunakan sebagai masker muka untuk menghaluskan kulit muka. Penggunaan pada pertama kali adalah pedih sedikit, hanya setelah beberapa kali penggunaan tiada lagi rasa pedih.Caranya : Potong buah tomato, gosokkan di muka, biarkan 30 minit. Selepas itu basuh dan cuci muka seperti biasa. Halia pula boleh digunakan sebagai minuman yang berfungsi untuk membuang angin didalam badan. Caranya : Rebus halia bersama 2 gelas air didalam satu periuk. Biarkan mendidih sehingga menjadi 1

Edit gambar online di ribbet.com

Bacaan ini untuk beginner sahaja. Saya hendak berkongsi laman web yang dapat membantu photo editing beginner untuk edit gambar mereka secara online. Saya telah mencuba gunakan laman web ribbet.com Sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai idea untuk edit dan mencantikkan gambar. First : Pergi ke laman web ribet dan upload photo anda Second : Explore tools yang telah disediakan untuk edit gambar anda. Dibawah ini beberapa step yang basic untuk anda ketahui. Ini adalah gambar yang telah saya edit sedikit menggunakan tools didalam ribbet online. Selamat mencuba! Credit to  ribbet.com

Jacob’s Cream Crackers – Pilihan Original adalah rasa yang paling sedap dan lemak

Biskut pilihan saya semasa waktu bekerja adalah roti Cream Crackers Jacobs yang original. Saya pernah makan Jacob’s Hi-Iron dan Wheatmeal. Jika dibandingkan semula dengan Jacob’s Crackers yang original, amat berbeza rasanya. Kenapa saya suka Jacob’s Original? Kerana rasanya sedap dan lemak. Saya selalu beli 1 kotak untuk diletakkan di tempat kerja. Pembungkusan roti Jacob’s yang didalam kotak memudahkan kerja saya. Saya lebih suka menyebutnya sebagai roti.  Tak perlu letakkan di Tupperware setelah di buka, kerana pembungkusannya yang mesra pengguna, iaitu roti tersebut dibungkus dalam peket kecil. 1 peket mengandungi 4 keping roti. Harga roti Jacob’s Cream Crackers 1 kotak adalah RM 3.60. Kepada yang suka mengunyah-ngunyah sewaktu bekerja boleh cuba roti Jacobs ini sebagai kudapan anda.

Produk yang dapat hilangkan pecah di tumit kaki , boleh cuba Scholl

Tidak semua orang mengalami tumit pecah. Tapi bagi yang menghadapi masalah tumit pecah, lama kelamaan ia jadi merimaskan. Tumit kaki jadi kasar dan adakalanya sakit sewaktu berjalan terutamanya jika berdiri dalam masa yang lama. Saya juga bermasalah pada bahagian tumit kaki. Sebelum ini hanya mencuba produk Ellgy dan Rosken Repair. Tapi masalah tak berkurang. Saya mencuba produk Scholl untuk merawat tumit kaki yang pecah. Alhamdulillah, walaupun bukan 100% cantik halus tumit kaki itu, tetapi sekurang-kurangnya dapat menutup pecah-pecah di tumit kaki saya. Walaumacammanapun, pada pendapat saya, jika rajin menggunakannya InsyaAllah masalah tumit kaki pecah ini boleh dihilangkan. Kepada pembaca yang mengalami masalah ini mungkin boleh mencuba produk Scholl. Berharga RM 15.90 dengan isi kandungan 25ml. Boleh didapati di semua farmasi.

Kedai Online Percuma di Klstore.com untuk peniaga internet

Assalamualaikum, Satu lagi laman web percuma untuk anda yang hendak memulakan perniagaan online. Anda boleh mendapatkan kedai online percuma melalui laman web klstore.com Untuk memulakan kedai online, anda perlu membuka akaun eshoppe anda di klstore.com. Lihat apa yang klstore.com tawarkan untuk bakal peniaga-peniaga di internet. Semoga info ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada kita semua.

Kedai Online Percuma untuk peniaga baru internet di Onlinelahtauke.my

Assalamualaikum, Kepada peniaga online yang ada keinginan untuk mencuba membuat kedai online sendiri  tetapi masih tercari-cari pelan manakah yang sesuai, saya cadangkan anda menggunakan aplikasi kedai online percuma ini dahulu. Produk yang dipaparkan dikedai online percuma ini mungkin terhad, tetapi sekurang-kurangnya anda mencuba dan mempunyai kedai online anda sendiri. Pilihan Kedai Online Pertama : Onlinelahtauke.my di Exabytes.com Saya telah cuba membuat kedai online melalui laman web onlinelahtauke.my Cari ikon ini   Buat pendaftaran untuk mendapatkan kedai online anda. Ataupun cari bahagian plans and pricing untuk melihat pelan kedai online yang anda rasa anda mampu. Untuk lebih mudah boleh klik terus ke sini : plans and pricing di onlinelahtauke.my Pilih plan yang sesuai dengan anda. Untuk beginner boleh bermula dengan plans free. Semoga berjaya!

Tips mewangikan dapur rumah teres gunakan pewangi semula jadi

Assalamualaikum. Dapur yang digunakan untuk memasak akan menjadikan ruang udara disekitarnya berbau masakan. Adakala  bau ini menimbulkan rasa kurang selesa apatah lagi sewaktu masuk tidur pun bau tersebut masih ada lagi. Bau masakan yang mempengaruhi ruang udara apatah lagi jika ruang sekitar adalah minima seperti ruang di rumah teres ataupun rumah pangsa. Berikut merupakan tips yang boleh di cuba untuk mewangikan ruang udara dalam rumah selepas memasak. Bahan yang digunakan adalah bahan-bahan yang digunakan untuk masakan. Tips Pertama Untuk menghilangkan bau masakan didalam rumah gunakan sebiji atau separuh buah lemon(diramas dalam air), 2 batang kayu manis , 5 atau 10 biji cengkih masak diatas dapur selama 15 minit ataupun 30 minit. Lagi lama anda didihkan di atas api bahan-bahan tadi, lagi bagus kerana dapat membersihkan udara yang berbau masakan tadi. Bau-bauan ini dapat mengurangkan bau masakan yang tertinggal dalam ruang udara di rumah dan dapur anda. A