Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Pinggiran Sungai Kerian, Daerah Kerian

Nama Pinggiran Sungai Kerian ni di ambil sebab memang kawasan ni di tepi sungai kerian. Dikhabarkan di sungai kerian tu memang ada buaya putih..hehe..ini cerita dari mulut ke mulut dan based on the true story one of my friend here. Dan lagi di Sungai Kerian ni jugalah pernah terjadi tragedi pada satu tahun awal 70-an, berlaku tragedi malang rakit karam di sungai ini. Rakit karam mengorbankan ramai pelajar sekolah. Apapun jom tengok keindahan lanskap pinggiran Sungai Kerian ni.

Ban Pecah, Sg Burung Kuala Kurau, Perak

Petang yang damai dan tenang sekali sekala telinga di sapa lagu-lagu karaoke di tepi pantai. Ok, ini gambaran suasana di tempat yang bernama Ban Pecah. Ban Pecah ni terletak di Tanjung Piandang, Parit Buntar Perak. Dari Parit Buntar Cuma 45 minit lebih kuranglah...Kalau sesiapa yang tak pernah pergi pun confirm boleh pusing pusing cari tempat tu tak jumpa...sedangkan kitorang satu family pun 2 kali pusing baru masuk jalan yang betul, sebab Signboard tak besar..dan cuma ada satu Signboard Ban Pecah dari Kuala Kurau, Bagan Serai sahaja. Banyak kedai makan di dirikan di kawasan Ban Pecah tu, ada juga tempat untuk melepaskan tension sambil mengasah bakat dalam nyanyian...iaitu KARAOKE. Jadi sesiap yang berminat tu bolehlah perasan jadi artis kat situ sekejap. Tempat ni memang cantik...kalau pengarah drama Malaysia nak buat drama atau filem Malaysia, di syorkan tempat ini..sesuai sebagai lokasi kampung nelayan. Rest House dan Hotel ada di Parit Buntar...dan juga homestay...kat sini

Kategori manusia dalam bidang pekerjaan berdasarkan personaliti

Berdasarkan teori Holland, manusia dikategorikan kepada enam kelompok berlainan yang berasaskan jenis personaliti iaitu: realistik (realistic) penyelidikan (investigative) artistik (artistic) sosial (social) keusahawanan (enterprising) konvensional (conventional) Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama: 1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah 2. Bidang penulisan dan komunikasi 3. Bidang saintifik/perubatan 4. Bidang perkeranian dan pentadbiran 5. Bidang seni reka dan kreatif 6. Bidang teknikal 7. Bidang keusahawanan 8. Bidang perkhidmatan Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan: 1. Kewangan/Perniagaan (Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai) Pentadbiran dan pengurus bank Perancang dan pengurus kewangan Pengurus dan agen insurans Eksekutif jualan dan pemasaran Pengurus pengiklanan Eksekutif akaun Akauntan/juruaudit Aktuari Pegawai

Khinzir dan kegunaannya

Gambar di bawah di perolehi dari laman web oh islam.com....sharing is caring

Selamat Hari Lahir Ayah!

Selamat Hari Lahir Ayah !   Semoga panjang umur, sihat dan menjadi orang yang beriman dan bertakwa. Ini doa dari ummi.. Selamat Hari Lahir!

Proses Penuaan Boleh Dilewatkan

KITA MEMANG TIDAK BERUPAYA KEMBALI KE ZAMAN MUDA, TETAPI PROSES PENUAAN BOLEH DILEWATKAN. ANTARA LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL IALAH: # Penjagaan pemakanan. Biasanya orang tua kurang berselera hendak makan. Bagaimanapun, anda perlu pastikan anda mengambil lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Ini penting untuk mendapatkan sumber antioksidan yang meneutralkan tindakan radikal bebas. Kehadiran radikal bebas bukan saja boleh menyebabkan pelbagai penyakit, tetapi turut mempengaruhi kesihatan kulit. # Pilih makanan rendah lemak, kurang garam dan kurang gula. Ini cara terbaik untuk mengawal pertambahan berat badan, mengurangkan risiko sakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi dan strok. # Elakkan minum minuman keras. # Minum banyak air (lapan gelas sehari). # Minum susu berkalsium tinggi untuk mengekalkan kesihatan tulang. # Kawal berat badan dengan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, tiga atau empat kali seminggu. Berjalan adalah senaman paling mudah, murah, selamat da

Langkah Syaitan Menelanjangi Wanita

Untuk bacaan wanita: i'm not good enough, just share what I have read. Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Berikut adalah cara bertahap: Menghilangkan Definisi Hijab Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah da

Kerja dan Pekerjaan

Setiap kali Hari Raya semua orang akan berjumpa dengan sanak saudara , adik beradik dan keluarga masing-masing. Tak kisahlah beraya di kampung ke bandar ke..istilah Hari Raya je mestilah semua orang akan berkumpul ramai-ramai..sambil-sambil makan ketupat, nasi impit, lontong, rendang, gulai, kuih muih..wahh sedapnya dan makanan pun hebat-hebat. Dalam bersembang tu pasti ada terselit tanya "kau cuti berapa hari?" Jawapan :"cuti kejap je, tak boleh lama2..ada kerja" Yes..memanglah semua orang ada kerja..kecuali anak2 dan kanak2 jer yang tak ada kerja. Saya pun tak terkecuali. Alasan..cuti yang terhad..kemudian kenalah pergi kerja .. Bila saya fikir2kan balik.berkerja ni sampai bila pun takkan habis..akan habis jika 1.Pencen 2.Mati..meninggal dunia Jadi peringatan untuk diri saya jugak...kerja sampai bila pun takkan habis dan selesai..cukup waktu kena pergi kerja..cukup jam balik rumah. Kalau boleh janganlah terlalu asyik berkerja hingga nak jumpa mak ayah sendiri pun

Youtube Lubuk Wang

Semua orang tahu Youtube. Ada orang tengok Youtube untuk cari lagu, dengar ceramah, tengok iklan, atau repeat siaran kat televisyen yang tak sempat tengok. Sebenarnya dengan wujudnya Youtube adalah merupakan peluang kepada peniaga-peniaga kecil di luar sana. Ini di kukuhkan lagi melalui buku yang saya belek-belek(dah beli dari awal tahun tapi masih tak sempat2 nak baca..)..melalui buku yang bertajuk Buat Duit Dengan Youtube..tajuk best kan!Tapi kalau tak praktis kan pun tak guna jugak..Berbalik kepada tajuk tadi, katanya video yang diupload ke dalam Youtube memudahkan penggunaGoogle dan Yahoo untuk mereka menemui produk yang ditawarkan di internet pada kos yang rendah. Serius ni..kalau tak percaya try tengok di website Youtube..Robert T.Kiyosaki pun gunakan Youtube untuk memperkenalkan dirinya kepada seluruh dunia. Tak salah kalau kita mencuba jugak kan!