APAKAH FISTULA DAN CROHN'S DISEASE
Bismillahirrahmanirrahim.
Fistula adalah penyakit usus berlubang yang terjadi dalam usus...ia boleh terjadi dari mana mana di saluran usus. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya sendiri iaitu suami yang mempunyai penyakit Crohn's seterusnya melarat ke fistula dan seterusnya membawa kepada penggunaan tiub stent dari kemaluan ke buah pinggang. Tiub stent ini ditukar setahun sekali. Maksudnya tiap tiap tahun mesti tukar yang baru. Crohn's ini atau mudahnya jika...(orang susah nak faham, just cakap radang usus )..penyakit Crohn's ini bermula dari gastrik. Gastrik kronik, disusuli ulcer didalam dinding dinding usus mengakibatkan berat badan susut mendadak, makanan yang berminyak, pedas dan bersantan menjadikan suamu lebih sakit...pada awal awal sakit dahulu. Selain dari itu, kaki kerap cramp dan perut memang sentiasa memulas mulas sakit. Ujian colonoscopy, barium test, mri, ct scan dan last operation adalah pengakhir. Suami saya telah melalui 2 kali pembedahan, satu di hospital pulau pinang dan satu lagi di hospital swasta apollo. Dan ...suami saya sehingga artikel ditulis adalah dan masih lagi menggunakan beg stoma di perut. Beg stoma ini untuk pengeluaran najis...maksudnya najis tidak keluar melalui punggung tetapi melalui beg stoma di perut.
Ini result appointment bulan februari 2015
Seterusnya...penyakit Crohn's ini akan membawa kepada munculnya fistula. Pada awal terjadi, akan rasa sakit yang teramat di punggung, bersebelahan lubang punggung, sakit berdenyut yang teramat....badan selalu demam, hendak berjalan angkat kaki melangkah pun terasa amat sakit yang teramat.Sehinggalah akan ada seperti mata bisul keluar,...bila dipicit lagi sakit, dan terpaksa buat pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah tersebut.
Sehingga saya menulis ini...suami saya masih lagi menjalani rawatan untuk dressing fistula tersebut, atau kata lain cuci lubang fistula tersebut, bersihkan dari nanah atau cairan najis yang terkeluar dari usus ke lubang fistula tersebut.
WARDED
Bismillahirrahmanirrahim
Abang kena warded lagi tahun 2015 ni untuk kali yang ke berapa pun aku tak tahu dah...x larat nak kira. Bacaan hemoglobin rendah, 5.6 - hmmm dapat surat dari doktor suruh masuk wad....tambah darah dan dan dan bermacam lagi diagnosenya..hiii...
Masuk wad ni macam duduk dalam sardin...ok sikitlah dari sardin. Ada gap jugak...masuk je wad kat hospital ni...ada satu feeling yang response kepada environment dalam wad tu ....suatu perasaan yang lain...dalam kepala otak pikir ...KUMAN.
Macam-macam orang dalam ni dengan penyakit yang macam-macam. Tak ter describe kat sini ni.
Dapat katil tepi tingkap...paneh habaq hang...(ohh siannya abang)
Doktor ni tak sabar sabar nak bubuh jarum dah ni
Tapi aku tengok dia cam tak keruan je...nasiblah bang...
Try cucuk jarum banyak kali ni...(lunyailah abang...:-(
Akhirnya...abang selamat masuk 3 pain darah...the rest...follow up again as usual.
CERIA DALAM SEDIH
Hari ni abang ada appoinment kat hospital pulau pinang. Sangatlah ramai dengan manusia yang sakit. Doktor - doktor kat sini semuanya doktor chinese....macammanapun diorang layan patient sumer sama je...dah pesakit katakan...doktor - doktor ni profesional ....
Hospital pulau pinang ni kalau kita datang jam 6.30 pagi pun belum tentu jam 10 boleh balik. Nak tunggu doktor , tunggu giliran, tunggu report...kalau nasib baik sebelum jam 1 boleh balik...kalau tak kena tunggu sampai ke petang.
Ini abang...
Baru lepas keluar bilik doktor...
Sedihnya nak kena warded pulak ...hb rendah ...doktor nak tengok chrohn, fistula, mungkin kena buat colonoscopy balik, atau last sekali...operation.
Ini sementara tunggu giliran nak ambik ubat
Ini pulak... suka menyelfie...
Apa pun ALLAH telah beri yang terbaik untuk kami. Dia telah rancang yang terbaik untuk kami, dan aku dan abang harus terima seikhlas dan redha dengan ujian NYA ini.
AMIN.
Hai.assalamualaikum.
KERJA PART TIME
Hai.assalamualaikum.
Camana nak start eh. Kerje part time ni.huahaha....ini bukannye part time dapat duit, part time ni dapat pahala...kalau ikhlas...
Petang ni temankan abang ke hospital lagi...inilah rutin kitorang...
sementara tunggu abang terjaga....mak ambil kesempatan you...lelap jap...nak bawak keta kang...tebabas plak
zz
zz
zzzz
zz
zzzz
zz
abang sakit dah lama, since tahun 2000 lagi...lama tak? hmm since kitorang mula-mula tawin lagi...sedihnye.
jenuh berubat sana sini macam burung berterbangan kitorang nih...kejap ke sana ke jap berubat ke sini. Even darussyifa Asyraf Muslim tu pun kitorang pegi tau...setaun mak ke sana you.
Then berubat kampung ni jenuh lah...hospital lagi...sampai lah saat ini..tabahnye lah ...huuu
Tapi orang yang sakit kenalah lagi tabah.Orang sakit ni is very sensitif. Kalau takat kena sembur dengan flying kick perkataan tu ...mak biasa dikkkk...huahuahua.
ehh ehhh..mata merah...mood ngantuk le tu
Yang penting sabar....hahahadoii...sabar tu yang kena banyak...
ni baru balik kerje...abang nak makan sup tulang...hmmm..ikut saja










