Skip to main content

Kuala Sepetang, Perak

Kalau dah nama Kuala Sepetang, maknanya sepetang jugaklah kitorang kat situ….tempat ni wajib lawat oleh pencinta2 alam….kat sini aku nak ucapkan TAHNIAH kepada ayah sebab membawak kitorang ke sini. Bukan senang nak ajak ayah pegi tengok tempat2 nature ni….maklumlah…open air, not air conditioner…

Kuala Sepetang ni dulunya dikenali dengan nama Port Weld. Ingat tak zaman sekolah dulu ada belajar pasal Port Weld?



Sepanjang ke sini, kedatangan korang akan di sambut oleh pokok2 bakau di sepanjang kiri kanan jalan menuju ke Kuala Sepetang…agak jauh jugak dari pekan Taiping, aku tak boleh nak agak berapa kilometer…inikan pulak nak agak dalam batu…jenuh aku nak kena kira batu jalan tu pulak(terima kasih kepada bapak aku kerana memperkenalkan unit batu menggantikan kilometer…heheheheh..tapi sampai sekarang pun aku masih tak tau.angguk jelahhhhh….hehehehe)
Kat Kuala Sepetang ni jugak ada kilang arang kayu yang terkenal....signboard dia "Charcoal Factory"
Boleh baca kat sini...Kosmo ada buat liputan pasal Kilang arang kat sini ....Arang Terbaik Asia

Kuala Sepetang ni rupanya terletak dalam kawasan Larut, Matang dan Selama kat Taiping nih….sebelum aku sampai kat Kuala Sepetang, kita boleh Nampak Muzium Negeri Perak….sangat bersejarah je aku tengok….tapi aku confirm yang masuk muzium ni budak2 sekolah je….ada sebuah sekolah rendah kalau tak silap aku sebelah muzium tu…dan aku confirm budak2 sekolah tu prefer muzium kat Kuala Lumpur dari situ…cehhh..pandai2 aje aku kan! Masa aku lalu tu pegi dan balik dari Kuala Sepetang, tak adepun pelawat yang aku nampak…kalau nak tunggu aku melawat, idaklah kot………bukan zaman2 aku lagi...…



Lagi satu, sepanjang jalan nak ke Kuala Sepetang ada signboard "Mee Udang Mak Jah"…bukan 1 signboard…adalah lebih dari 3 rasanya….dan aku dah rasa mee udang tu…agak mavelessss jugaklah…ayah makan udang goreng kunyit dengan nasik putih…

Udang Goreng Kunyit + Nasi Putih RM12
Mee udang biasa RM 7

Kalau korang mengimpikan nak makan kuih muih ke, roti bakar ke, nasik goreng ayam ke…jangan mimpilah…menu sini semua berasaskan udang2 sahaja….
Aku dah sampai ke hujung Kuala Sepetang, aku tengok tempat ni macam kawasan BAGAN kat tempat aku lebih kurangnya….
Dah sampai kat kuala Sepetang ni, aku teringat balik subjek Sejarah masa sekolah 2 menengah dulu…bukanlah teringat secara detail…Cuma teringat yang aku pernah tau sejarah2 kat sini melalui subjek Sejarah…ehh…korang paham ke aku tulis ape ni..heheheh…..
Inilah rupanya Kuala Sepetang……. aman, damai dan harmoni.....

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai

Parit Buntar pusat kain murah?

Betul ke tajuk entry ni? Untuk pengetahuan..tajuk entry ni adalah ayat2 yang keluar daripada mulut kawan2 saya..memang ramai yang claim cakap di Parit Buntar ni harga kain murah2..Tak tahu nak cakap betul ke tak..kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri. Gambar2 berikut ni sebahagian aje..sebenarnya banyak lagi kedai kain yang jual dengan harga borong..cuma saya je yang tak larat nak snap. Kedai Qistina ni saya dah masuk..dalam kedai ni tudung dan baju adalah design terkini. Siap ada tukang jahit lagi di bahagian belakang kedai..mungkin untuk pelanggan yang nak tempah kot..err..saya masuk untuk survey je.. Kedai pemborong tudung bawal ni..memang dah lama bertahan..meskipun banyak persaingan daripada kedai2 kain yang lain. Satu lagi kedai kain..yang pemiliknya orang Kampuchea..betul ke ejaan ni? Dan gambar terakhir di atas ni adalah pasar Kemboja. atau pasar kampuchea. Memang terkenal kat Parit Buntar..Ramai peniaga2 di Parit Buntar yang turun ke pasar ni untuk beli kain yang datan