Skip to main content

CSI – Crime, Scene, Investigation on 701 AXN

Saya memang fanatik(fanatik yang tak over..) dengan siri penyiasatan kat televisyen. Tahun lepas, tak pernah miss tengok siri tv “Dr. House” sebab mungkin pengaruh ayah kot..masa tu ayah tengah sakit, tahun ni Alhamdulillah, syukur kepada Allah, ayah sihat sikit, boleh pergi kerja dan buat kerja seperti orang lain. Tahun depan tak tahu macam mana keadaannya..hanya Allah tahu.

Tahun ni dan sebelumnya jugak , Siri CSI(Miami, New York dan Crime Scene Investigation), jadi pilihan dan terbaru Hawai Five-O (siri ni menampilkan pelakn wanita yang halamak..seksi.., harus diawasi kalau anak2 tengok siri tv ni sorang2) memang tak miss tengok siri tv tu. Tapi selalunya siri tv CSI tu yang selalu tengok saya dan anak2 tidur..di siang hari saya bekerja..penat apa pun tak tahulah..heh.

Berbalik kepada siri penyiasatan ni..saya lebih menggemari corak kegemaran siri tv berbentuk penyiasatan terutamanya CSI kerana:

1.Aksi: CSI Miami, aksi-aksi dan adegan mencemaskan relex dan slow berbanding Hawai Five –O, perjalanan cerita dari satu aksi ke aksi yang lain adalah cepat. Membawa perasaan kita sekali merasa cemas kalau tengok cerita-cerita aksi ni.

2.Faktor pelakon: CSI Miami, halamak..Horatio begitu bergaya dengan spek mata hitam yang tak pernah miss, dan gayanya menyisir rambut, expression muka dan bahasa tubuh pelakon yang memegang watak Horatio begitu menjadi..malam tadi tak sempat nak tengok Horatio dan anaknya si Kyle, dah mengantuk sangat..tapi sebenarnya Horatio ni tak hensem pun..ceh..harap rambut je blonde lebih..hehe..apa2 pun saya enjoy tengok siri tv CSI ni..apa2pun ini hanyalah sekadar hiburan untuk tontonan.

Mungkin dulu masa zaman sekolah rendah dan menengah banyak baca buku siri penyiasatan tulisan Enid Blyton..pengaruh sampai ke tua..(tak terlalu tua lagi..) pun masih minat siri-siri tv penyiasatan ni.
Enid Blyton

Buku penyiasatan beliau yang telah dialihbahasa..


Hanya dapat buat ulasan untuk CSI Miami(..ke mamai..hehe) dulu..CSI New York dan CSI:Crime Scene Investigation..lain kali lah saya buat ulasan. Apa2 pun ini semua hanya hiburan ok..hiburan2 jugak..akhirat jangan di lupa.

Jom kita tengok gambar Horatio untuk  siri tv CSI Miami ni..credit untuk website ni cbs.com

David Caruso sebagai Horatio..mata sembab jugak eh..penat berlakon kot..

Paling tak tahan..time nak tangkap penjenayah pun boleh macho lagi tu..

Kesan khas kamera ni bagus betul..nampak macam nak peluru nak kena penonton pulak

Comments

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai

Parit Buntar pusat kain murah?

Betul ke tajuk entry ni? Untuk pengetahuan..tajuk entry ni adalah ayat2 yang keluar daripada mulut kawan2 saya..memang ramai yang claim cakap di Parit Buntar ni harga kain murah2..Tak tahu nak cakap betul ke tak..kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri. Gambar2 berikut ni sebahagian aje..sebenarnya banyak lagi kedai kain yang jual dengan harga borong..cuma saya je yang tak larat nak snap. Kedai Qistina ni saya dah masuk..dalam kedai ni tudung dan baju adalah design terkini. Siap ada tukang jahit lagi di bahagian belakang kedai..mungkin untuk pelanggan yang nak tempah kot..err..saya masuk untuk survey je.. Kedai pemborong tudung bawal ni..memang dah lama bertahan..meskipun banyak persaingan daripada kedai2 kain yang lain. Satu lagi kedai kain..yang pemiliknya orang Kampuchea..betul ke ejaan ni? Dan gambar terakhir di atas ni adalah pasar Kemboja. atau pasar kampuchea. Memang terkenal kat Parit Buntar..Ramai peniaga2 di Parit Buntar yang turun ke pasar ni untuk beli kain yang datan