Skip to main content
Dalam perniagaan, pemasaran merupakan salah satu aspek yang tidak boleh di abaikan. Pemasaran di perlukan dalam usaha untuk memperkenalkan produk dan memajukan perniagaan. Seseorang ahli perniagaan perlu menguasai dan mempunyai strategi pemasaran terhadap produk yang hendak dipasarkan.

Era globalisasi terdapat pelbagai jenis medium untuk memperkenalkan produk kepada umum, salah satunya adalah melalui medium pengiklanan menggunakan brochure. Brochure masih lagi relevan walaupun pengaruh digital telah memepengaruhi aspek pemasaran masa kini.

Terdapat beberapa perkara yang perlu di tekankan untuk membuat brochure. Di antara perkara tersebut seperti berikut;


  • Beri maklumat produk atau perkhidmatan kepada pelanggan

  • Letakkan diri anda sebagai pelanggan, apa yang seseorang pelanggan suka jika mendapat brochure?
    Berikan mereka maklumat mengenai produk yang hendak diperkenalkan dalam bentuk "ayat manis" yang menarik. Berikan soalan dan jawapan kepada soalan tersebut didalam headline brochure anda.


  • Jadikan tajuk utama sebagai AYAT MANIS kepada brochure anda

  • Ayat manis ini akan menarik mata pembaca untuk membaca lagi keseluruhan brochure anda. Jangan membuat ayat manis berunsur penipuan. Ayat ini akan menjerat anda dan menipiskan peluang anda untuk menarik pelanggan membaca brochure tersebut!


  • Jangan jadikan brochure karangan sekolah rendah

  • Tukar intipati brochure kepada isi kandungan yang penting bukannya menceritakan kisah asal usul produk atau perkhidmatan anda.
    Berikan apa yang pembaca mahu. Contoh, jika anda membuat perkhidmatan mencetak baju, nyatakan apa yang pelanggan anda akan perolehi dan berapa lama tempoh menyiapkan tempahan sekiranya membuat tempahan cetakan baju di kedai anda.




    Tulisan ini berdasarkan pembacaan dan pengalaman penulis blog

    Comments

    pinky said…
    dulu masa belajar...kitaorg kena buat brochure ni...

    Popular posts from this blog

    kenapa display LCD Projector warna kuning

    Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

    Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

    Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai

    Parit Buntar pusat kain murah?

    Betul ke tajuk entry ni? Untuk pengetahuan..tajuk entry ni adalah ayat2 yang keluar daripada mulut kawan2 saya..memang ramai yang claim cakap di Parit Buntar ni harga kain murah2..Tak tahu nak cakap betul ke tak..kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri. Gambar2 berikut ni sebahagian aje..sebenarnya banyak lagi kedai kain yang jual dengan harga borong..cuma saya je yang tak larat nak snap. Kedai Qistina ni saya dah masuk..dalam kedai ni tudung dan baju adalah design terkini. Siap ada tukang jahit lagi di bahagian belakang kedai..mungkin untuk pelanggan yang nak tempah kot..err..saya masuk untuk survey je.. Kedai pemborong tudung bawal ni..memang dah lama bertahan..meskipun banyak persaingan daripada kedai2 kain yang lain. Satu lagi kedai kain..yang pemiliknya orang Kampuchea..betul ke ejaan ni? Dan gambar terakhir di atas ni adalah pasar Kemboja. atau pasar kampuchea. Memang terkenal kat Parit Buntar..Ramai peniaga2 di Parit Buntar yang turun ke pasar ni untuk beli kain yang datan