Skip to main content

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Apakah azam tahun baru anda semua pada kali ini? Kaum wanita, mungkin nak kuruskan badan? Hehe...sebenarnya ini adalah azam saya untuk kuruskan badan. Sebenarnya bukan nak kurus, tetapi lebih kepada keselesaan membawa badan semasa berjalan. Tidak terlalu kurus, kerana pada pendapat saya seorang ibu yang usia semakin meningkat naik mungkin lebih elok jika badan " ada isi" sedikit. Tak di nafikan badan kurus cantik dan sesuai untuk pakaian saiz M atau S. Tetapi pada pandangan peribadi saya adalah lebih baik mengutamakan kesihatan diikuti dengan kurus sedikit itu adalah satu bonus jika berjaya mencapainya.

Menulis mengenai nak kurus, saya mempunyai pengalaman dengan produk-produk menurunkan berat badan ini. Saya telah menggunakan produk yang harganya beratus ringgit tetapi tidak berkesan kepada saya. Produk yang murah pula mengakibatkan cirit birit pula. Saya telah berfikir dan melalui pembacaan saya dapati seeloknya jika kita menjaga pemakanan dan bersenam. Tetapi ada masalah pula, nak bersenam pun malas dan tak sempat. Makan pula tak ingat tujuan makan, kira nak sedap mulut sahaja. Sebenarnya bukan senang nak senang kan? Sekarang saya masih cuba mengawal pemakanan walaupun kadang-kadang terbabas. Pada fikiran saya tidak mengapalah jika makan makanan yang kita suka asal saja makanan tidak diambil dalam kuantiti yang banyak dan elakkan minyak berlebihan dalam makanan. Yang penting adalah kita sihat... kerana jika badan kurus tetapi penyakit lain banyak yang terpendam didalam badan juga tiada gunanya. Mulai sekarang kena jaga pemakanan masing-masing kerana manusia semakin lama, usia semakin tua dan keupayaan semakin berkurang. Jagalah pemakanan supaya kita dapat menjaga diri sendiri dan tidak menyusahkan orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai

Parit Buntar pusat kain murah?

Betul ke tajuk entry ni? Untuk pengetahuan..tajuk entry ni adalah ayat2 yang keluar daripada mulut kawan2 saya..memang ramai yang claim cakap di Parit Buntar ni harga kain murah2..Tak tahu nak cakap betul ke tak..kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri. Gambar2 berikut ni sebahagian aje..sebenarnya banyak lagi kedai kain yang jual dengan harga borong..cuma saya je yang tak larat nak snap. Kedai Qistina ni saya dah masuk..dalam kedai ni tudung dan baju adalah design terkini. Siap ada tukang jahit lagi di bahagian belakang kedai..mungkin untuk pelanggan yang nak tempah kot..err..saya masuk untuk survey je.. Kedai pemborong tudung bawal ni..memang dah lama bertahan..meskipun banyak persaingan daripada kedai2 kain yang lain. Satu lagi kedai kain..yang pemiliknya orang Kampuchea..betul ke ejaan ni? Dan gambar terakhir di atas ni adalah pasar Kemboja. atau pasar kampuchea. Memang terkenal kat Parit Buntar..Ramai peniaga2 di Parit Buntar yang turun ke pasar ni untuk beli kain yang datan