Skip to main content

Perniagaan melalui internet: Banyak kebaikan dan harus berani mencuba

Saya bukanlah seorang pakar perniagaan di internet. Entri ini sekadar pendapat daripada saya untuk bacaan pembaca yang sudi membaca blog ini, terima kasih diucapkan.

Saya menyukai perniagaan, terutamanya pernigaan di internet. Pernah sekali saya mencuba, tetapi tidak berjaya. Alasan, tidak mempunyai masa. Alasan yang cliche. Peluang perniagaan di internet terbuka luas kepada sesiapa yang sanggup mengharungi cabarannya, nampak seperti mudah...tetapi percayalah, kita memerlukan lebih usaha terhadapnya berbanding perniagaan konvensional menggunakan tenaga dan sudah tentu kapasiti modal yang agak besar. Untuk memulakan perniagaan di internet, perlukan lebih masa ditumpukan jika modal kecil...Mengapa saya katakan lebih masa jika modal kecil? Ini kerana untuk sesuatu perniagaan yang dibangunkan di internet memerlukan medium seperti laman web atau blog sebagai lokasi pengenalan barang yang diniagakan. Lihat sahaja contoh seperti kedai-kedai online yang banyak di internet, bukankah di laman web mereka terpapar gambar dan harga produk? Ini bertujuan memberikan penjelasan kepada pelanggan tentang perniagaan dan produk yang diniagakan. Perniagaan menjual maklumat juga banyak didapati di internet seperti e-book. Bukankah design e-book tersebut adalah gambar e-book yang diniagakan dan promosikan selain daripada kandungan e-book yang mantap? Dan banyak perkara yang harus dipelajari untuk bermula perniagaan di internet...juga mungkin anda perlukan seorang mentor untuk berjaya.

Berniaga di faceboook atau laman sosial yang lain juga memerlukan sedikit ilmu untuk berjaya. Ilmu dari segi promosi serta ayat-ayat manis untuk menarik pelanggan. Tidak kurang juga yang berjaya berniaga di internet hanya melalui suka-suka, mungkin itu rezeki mereka.

Di sini saya dapat membuat kesimpulan bahawa untuk berjaya melakukan perniagaan di internet kita mestilah memerlukan:

  1. Ilmu
  2. Masa
  3. Semangat yang tinggi
  4. Wang
  5. Mentor
Semoga kita akan sama-sama berjaya!

Comments

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai

Parit Buntar pusat kain murah?

Betul ke tajuk entry ni? Untuk pengetahuan..tajuk entry ni adalah ayat2 yang keluar daripada mulut kawan2 saya..memang ramai yang claim cakap di Parit Buntar ni harga kain murah2..Tak tahu nak cakap betul ke tak..kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri. Gambar2 berikut ni sebahagian aje..sebenarnya banyak lagi kedai kain yang jual dengan harga borong..cuma saya je yang tak larat nak snap. Kedai Qistina ni saya dah masuk..dalam kedai ni tudung dan baju adalah design terkini. Siap ada tukang jahit lagi di bahagian belakang kedai..mungkin untuk pelanggan yang nak tempah kot..err..saya masuk untuk survey je.. Kedai pemborong tudung bawal ni..memang dah lama bertahan..meskipun banyak persaingan daripada kedai2 kain yang lain. Satu lagi kedai kain..yang pemiliknya orang Kampuchea..betul ke ejaan ni? Dan gambar terakhir di atas ni adalah pasar Kemboja. atau pasar kampuchea. Memang terkenal kat Parit Buntar..Ramai peniaga2 di Parit Buntar yang turun ke pasar ni untuk beli kain yang datan