Skip to main content

Tips kesihatan dan kecantikan untuk wanita

Khusus untuk pembaca wanita, saya copy tips ini dari blog rumaizah.blogspot

PETUA-PETUA DARI PN. YASMIN SIDDIK PERUNDING KECANTIKAN DARI POSITIVE GROOMING

1. Bangun pagi jam 5.30 pagi, jangan terus bangun, tetapi mengiring ke kiri/kanan dan tekan tapak tangan ke tilam (jika mengiring ke kanan tekan tapak tangan kiri, begitulah sebaliknya) dan bangun perlahan-lahan.Lunjurkan kaki dan bongkok ke depan dan cuba capai jari kaki dengan menghulurkan tangan. Buat beberapa senaman ringan seperti yang diajar oleh beliau.

2. Minum segelas air masak dan baca Al-Fatihah dahulu dan minum.Selepas mandi dan Solat Subuh, minum segelas lagi dan baca Al-Fatihah dahulu sebelum minum dan sebelum pergi kerja (minum 3 gelas sebelah pagi? Insyallah, puan-puan akan mendapat merasa segar dan bertenaga.

3. Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas, selepas mencuci muka dan memakai toner, sebelum memakai pelambab, sapukan SERUM dahulu supaya liang-liang roma tidak terbuka luas. Apabila makan, makan satu senduk nasi sahaja dan lebihkan sayur-sayuran hijau.

4. Semasa Period, hari pertama hingga kedua mandi dengan air suam dan minum air suam. Sepanjang Period, jangan minum air bergas, kopi, nescafe,teh dan jangan makan benda-benda sejuk seperti: Kekacang, sayur menjalar, kobis, terung, taugeh, peria, bayam, kangkong,makanan laut, Bawal Hitam, Ikan Kembong, Ikan Terubuk.

5. Jika perut berasa lapar, makan buah-buah yang manis.

6. Dalam seminggu makan ayam/daging, 2 kali sahaja, lebihkan makan ikan.

7 Amalkan MANDI SUSU, caranya :
· Beli susu segar dalam kotak (RM1.10)
· Sapu susu seluruh muka dan badan
· Biarkan kering
· Bilas dengan sabun dan air.
( Mandi susu boleh memutihkan dan menghaluskan kulit)

8. Seminggu sekali / Selepas Haid, MANDI REMPAH
· Halba )
· Jintan Manis )
· Jintan Putih )
· Kulit Kayu Manis ) Rebus dan tapis, campur air suam. Hampasnya
· Bunga Cengkil ) lumur pada badan dan airnya mandi pada bilasan
· Serai wangi ) terakhir.
· Daun Pandan )

9. MANDI BUNGA (Pada bila-bila masa)
· Bunga Ros 3 kuntum )
· Bunga Melor 3 kuntum ) Campur ke dalam air dan mandi pada
· Daun Pandan ) bilasan terakhir
· Serai wangi )

10. RAWATAN RAMBUT
* Sapu santan di kepala dan bungkus dengan tuala selama 20 minit. Jika rambut berminyak, campurkan santan dengan limau nipis / asam jawa.

* Rawatan panas untuk rambut :
Sapu minyak kelapa pada rambut. Celup tuala ke dalam air panas dan bungkus kepala selama 10 minit. Untuk mewarnakan rambut, gunakan Inai serbuk, campurkan teh satu sudu(jika inginkan rambut merah) dan campurkan kopi satu sudu (jika inginkan rambut hitam). Bancuh dengan air panas. Bila telah sejuk pecahkan telur 1 biji dan kacau rata sebelum disapu ke rambut. Biarkan sekurang-kurangnya 4 jam untuk hasil yang memuaskan.


11. RAWATAN DI TENGKUK, BAWAH KETIAK, BELAKANG LUTUT,CELAH KELANGKANG DSB.
Susu segar ( satu kotak) campur dengan badam / Oat dan gosok di tempat-tempat tersebut setiap hari.


12. VITAMIN..
Ambil :
· EPO (Evening Primrose Oil). Boleh dibeli di farmasi
. Vitamin E
· Vitamin C
· Iron (Jika ada darah tinggi tidak digalakkan).
( Makan vitamin selepas makan)


RESEPI UNTUK KESIHATAN
Carrot
Sandwich
· Rebus carrot, lenyekkan.
· Sapu sedikit mayonis dan carrot yang telah dilenyek pada roti.

Salad Sandwich
· Salad (Potong kecil-kecil)
· Sedikit mayonis
· Timun yang dihiris nipis
· Telor rebus

Semoga mendapat manfaat!

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai

Parit Buntar pusat kain murah?

Betul ke tajuk entry ni? Untuk pengetahuan..tajuk entry ni adalah ayat2 yang keluar daripada mulut kawan2 saya..memang ramai yang claim cakap di Parit Buntar ni harga kain murah2..Tak tahu nak cakap betul ke tak..kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri. Gambar2 berikut ni sebahagian aje..sebenarnya banyak lagi kedai kain yang jual dengan harga borong..cuma saya je yang tak larat nak snap. Kedai Qistina ni saya dah masuk..dalam kedai ni tudung dan baju adalah design terkini. Siap ada tukang jahit lagi di bahagian belakang kedai..mungkin untuk pelanggan yang nak tempah kot..err..saya masuk untuk survey je.. Kedai pemborong tudung bawal ni..memang dah lama bertahan..meskipun banyak persaingan daripada kedai2 kain yang lain. Satu lagi kedai kain..yang pemiliknya orang Kampuchea..betul ke ejaan ni? Dan gambar terakhir di atas ni adalah pasar Kemboja. atau pasar kampuchea. Memang terkenal kat Parit Buntar..Ramai peniaga2 di Parit Buntar yang turun ke pasar ni untuk beli kain yang datan