Skip to main content

Tips mewangikan dapur rumah teres gunakan pewangi semula jadi

Assalamualaikum.

Dapur yang digunakan untuk memasak akan menjadikan ruang udara disekitarnya berbau masakan. Adakala  bau ini menimbulkan rasa kurang selesa apatah lagi sewaktu masuk tidur pun bau tersebut masih ada lagi. Bau masakan yang mempengaruhi ruang udara apatah lagi jika ruang sekitar adalah minima seperti ruang di rumah teres ataupun rumah pangsa.
Berikut merupakan tips yang boleh di cuba untuk mewangikan ruang udara dalam rumah selepas memasak. Bahan yang digunakan adalah bahan-bahan yang digunakan untuk masakan.

Tips Pertama
Untuk menghilangkan bau masakan didalam rumah gunakan sebiji atau separuh buah lemon(diramas dalam air), 2 batang kayu manis , 5 atau 10 biji cengkih masak diatas dapur selama 15 minit ataupun 30 minit. Lagi lama anda didihkan di atas api bahan-bahan tadi, lagi bagus kerana dapat membersihkan udara yang berbau masakan tadi. Bau-bauan ini dapat mengurangkan bau masakan yang tertinggal dalam ruang udara di rumah dan dapur anda. Air rebusan tadi boleh digunakan untuk mengelap meja dapur dan digunakan untuk mop lantai.

Tips Kedua
Untuk mewangikan rumah, racik halus-halus seikat daun pandan didalam bekas. Boleh diletakkan di sudut ruang tamu atau dapur, boleh juga diletakkan didalam bilik mandi, bawah katil dan di sebalik pintu ataupun dalam almari baju. Bau ini boleh bertahan selama seminggu.

Tips Ketiga
Jika merancang untuk membakar biskut atau kek, rancanglah bakar selepas selesai memasak. Aroma dari biskut dan kek tersebut akan mewangikan ruang udara didalam rumah anda.


Pengalaman saya sendiri, tips pertama memang berkesan dan sangat membantu menghilangkan bau - bauan selepas memasak. Saya memang amat mengesyorkan bagi yang mempunyai ruang dapur dan kawasan rumah yang terhad iaitu rumah teres(sangat terhad tingkap dan ruang udaranya) seperti saya.

Selamat mencuba!

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai

Parit Buntar pusat kain murah?

Betul ke tajuk entry ni? Untuk pengetahuan..tajuk entry ni adalah ayat2 yang keluar daripada mulut kawan2 saya..memang ramai yang claim cakap di Parit Buntar ni harga kain murah2..Tak tahu nak cakap betul ke tak..kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri. Gambar2 berikut ni sebahagian aje..sebenarnya banyak lagi kedai kain yang jual dengan harga borong..cuma saya je yang tak larat nak snap. Kedai Qistina ni saya dah masuk..dalam kedai ni tudung dan baju adalah design terkini. Siap ada tukang jahit lagi di bahagian belakang kedai..mungkin untuk pelanggan yang nak tempah kot..err..saya masuk untuk survey je.. Kedai pemborong tudung bawal ni..memang dah lama bertahan..meskipun banyak persaingan daripada kedai2 kain yang lain. Satu lagi kedai kain..yang pemiliknya orang Kampuchea..betul ke ejaan ni? Dan gambar terakhir di atas ni adalah pasar Kemboja. atau pasar kampuchea. Memang terkenal kat Parit Buntar..Ramai peniaga2 di Parit Buntar yang turun ke pasar ni untuk beli kain yang datan