Skip to main content

Emas memang cantik dan bernilai...

Emas memang cantik dan bernilai, tetapi tahukah anda disebalik kecantikan dan nilai emas yang tinggi itu memerlukan pengorbanan yang besar untuk mendapatkannya? Gambar-gambar di bawah merupakan gambar kanak-kanak di Mali, Africa. Mereka adalah sebahagian daripada pekerja-pekerja lombong di Mali yang bekerja di lombong-lombong emas demi untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Sekitar 20,000 kanak-kanak bawah umur 18 tahun dipaksa bekerja di lombong tersebut. Kanak-kanak yang berumur seawal 6 tahun bekerja bersama ibu bapa mereka dan juga ada kanak-kanak yang datang dari negeri jiran di Mali yang bekerja di lombong tersebut.
Kanak-kanak ini sebenarnya terdedah kepada risiko keracunan merkuri, salah satu bahan paling beracun di dunia. Setiap hari kanak-kanak ini bekerja di lombong dengan membawa beban yang lebih berat daripada badan mereka sendiri, memanjat lombong yang tidak stabil dan menyentuh serta menghidu merkuri secara tidak langsung setiap hari.
Kebanyakan kanak-kanak tersebut berkata seluruh badan mereka sakit sebaik sahaja mereka habis berkerja.


       
            
                                        

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai

Parit Buntar pusat kain murah?

Betul ke tajuk entry ni? Untuk pengetahuan..tajuk entry ni adalah ayat2 yang keluar daripada mulut kawan2 saya..memang ramai yang claim cakap di Parit Buntar ni harga kain murah2..Tak tahu nak cakap betul ke tak..kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri. Gambar2 berikut ni sebahagian aje..sebenarnya banyak lagi kedai kain yang jual dengan harga borong..cuma saya je yang tak larat nak snap. Kedai Qistina ni saya dah masuk..dalam kedai ni tudung dan baju adalah design terkini. Siap ada tukang jahit lagi di bahagian belakang kedai..mungkin untuk pelanggan yang nak tempah kot..err..saya masuk untuk survey je.. Kedai pemborong tudung bawal ni..memang dah lama bertahan..meskipun banyak persaingan daripada kedai2 kain yang lain. Satu lagi kedai kain..yang pemiliknya orang Kampuchea..betul ke ejaan ni? Dan gambar terakhir di atas ni adalah pasar Kemboja. atau pasar kampuchea. Memang terkenal kat Parit Buntar..Ramai peniaga2 di Parit Buntar yang turun ke pasar ni untuk beli kain yang datan