Skip to main content

MOTIVASI BLOGGING – DUIT HASIL BLOGGING? MITOS ATAU FAKTA?

Penat mencari idea menulis blog? Tapi masih tiada hasil? Tidak mengapa, mari kita berusaha lagi mencari ilmu mengenai blog.

Ikhlaskan hati kita memotivasikan diri sendiri dengan membaca tulisan yang dipetik daripada MajalahNiaga Edisi 27 tulisan oleh Hasbul Aqil.

Semoga kita semua mendapat sedikit ilmu dan dapat meneguhkan semangat untuk terus berblog setelah membaca artikel ini.


Jual blog bernilai RM150,000…Mitos atau Kebetulan?

Chris adalah pemilik blog The traffic blogger. Beliau juga pemberi kejutan dan penghapus mitos dalam dunia blogging. Kami agak terkejut dengan artikel yang disampaikan melalui ruangan guest blogging di blog Daren Rowse, yakni Problogger.net.Menurut artikel yang ditulis, Chris mendakwa beliau telah berjaya menjual sebuah blog dengan harga RM 150 000 ,iaitu USD50 000. Apa yang lebih menarik blog itu hanya menggunalkan platform blogspot. Tidak cukup dengan itu, lebih mengejutkan individu yang membeli blog beliau dengan jumlah 5 angka itu adalah rakyat Malaysia sendiri.
Ayat di atas juga membawa maksud penerimaan dunia blog juga sedang berkembang dalam kalangan rakyat tempatan. Dimana ada sesetengah mereka dapat lihat potensi blog, kemudian membuat segala perincian sebelum membeli blog itu. Sekiranya situasi ini terjadi kepada Chris, maka tidak mustahil ia juga boleh berlaku kepada kita.




Jualan 6 angka dengan platform blogspot

Ketika kita menekankan betapa mudah dan pentingnya menggunakan platform wordpress, Chris bertindak dengan melawan arus. Beliau menggunakan platform blogspot sahaja untuk membangunkan dan menjual blog.

Malah jumlah yang diperoleh itu seperti tidak masuk akal. Bayangkan, dengan menggunakan platform percuma, tanpa perlu membayar sebarang kos, ROI(Return of Investments) Chris melebihi 100%.

Beliau hanya melaburkan masa mengemaskinikan entri-entri blog. Menurut beliau semua itu hanya mengambil masa sekitar 2 hingga 5 jam sehari. Kes beliau mampu membuktikan blogging mampu memberikan pendapatan lumayan 4 hingga 5 angka dengan memerlukan gerak kerja sebanyak 14 jam seminggu, minimum.


Ilmu itu penting dan lumayan

Selain daripada peluang untuk menjana pendapatan, kajian terhadap pemilik The Traffic Blogger yang Berjaya menjual blognya ini sebanyak RM150 000 ini membuktikan betapa tingginya nilai penulisan dan ilmu. Tanpa entri-entri yang diterbitkan, ia akan mengurangkan nilai sesebuah blog. Justeru itu , untuk menjual blog dengan nilai harga yang tinggi, dimanakah focus kita?

Fokusnya adalah menghasilkan;

1. Entri blog yang berkualiti yakni unik, mudah difahami dan memenuhi keperluan sasaran pembaca kita.
2. Entri blog yang konsisten
3. Entri blog yang interaktif, iaitu tidak terlalu formal dan mengekalkan personality kita sebagai penulis.

Apabila kita berjaya memenuhi keperluan pembaca, ia akan mencerminkan nilai blog kita di mata pembeli. Itu yang berlaku pada blog Chris yang telah di jual. Namu ia tidak mustahil akan berlaku kepada blog kita juga.


Bagaimana menjadikan blog kita bernilai tinggi?

Selain daripada menghasilkan entri dan artikel yang berkualiti, terdapat beberapa aspek lain yang dapat meningkatkan nilai di mata pembeli. Ini bagi menonjolkan sejauh mana blog kita mampu memberikan pulangan kepada mereka.

Antara salah satu contoh adalah kewujudan sales funnel. Sales funnel ibarat saluran yang memberikan pendapatan kepada blog. Lebih banyak sales funnel maka lebih tinggi kita boleh caj kepada pembeli.

Contohnya kita mempunyai 4 slot pengiklanan di sidebar blog. Harga setiap satu slot adalah RM100 setiap bulan. Ini bermakna blog kita mampu memberikan pulangan RM400 setiap bulan. Apabila membuat penilaian terhadap harga yang ditawarkan pembeli lakukan pengiraan nilai blog untuk jangka masa satu tahun.

Sebagai contoh sekiranya blog kita memberikan pulanganRM400 setiap bulan, maka pulangan dalam tempoh masa setahun adalah RM 4,800(RM 400 X 12 bulan). Oleh itu sekiranya pembeli menawarkan harga yang kurang daripada RM 4, 800 maka keputusan yang terbaik adalah menolak tawaran itu.

Antara sales funnel lain yang boleh ditambah dalam blog kita adalah:

1. Produk informasi(e-book/ video/ audio dan sebagainya)
2. Reviu artikel
3. Paid membership site(Ruangan ahli berbayar)

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai

Parit Buntar pusat kain murah?

Betul ke tajuk entry ni? Untuk pengetahuan..tajuk entry ni adalah ayat2 yang keluar daripada mulut kawan2 saya..memang ramai yang claim cakap di Parit Buntar ni harga kain murah2..Tak tahu nak cakap betul ke tak..kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri. Gambar2 berikut ni sebahagian aje..sebenarnya banyak lagi kedai kain yang jual dengan harga borong..cuma saya je yang tak larat nak snap. Kedai Qistina ni saya dah masuk..dalam kedai ni tudung dan baju adalah design terkini. Siap ada tukang jahit lagi di bahagian belakang kedai..mungkin untuk pelanggan yang nak tempah kot..err..saya masuk untuk survey je.. Kedai pemborong tudung bawal ni..memang dah lama bertahan..meskipun banyak persaingan daripada kedai2 kain yang lain. Satu lagi kedai kain..yang pemiliknya orang Kampuchea..betul ke ejaan ni? Dan gambar terakhir di atas ni adalah pasar Kemboja. atau pasar kampuchea. Memang terkenal kat Parit Buntar..Ramai peniaga2 di Parit Buntar yang turun ke pasar ni untuk beli kain yang datan