Skip to main content

Berniaga ONLINE memang MUDAH tapi...

image credit to blog.shopup.com

**Bacaan ini tidak sesuai untuk amatur perniagaan online. Terima kasih.

Tahu tentang komputer dan tahu menggunakan internet adalah 2 perkara yang berbeza. Tahu internet, ya semua orang tahu internet. Tetapi memaksimakan sebaik mungkin kegunaan internet yang dapat dimanfaatkan untuk kehidupan kita, berjayakah kita?

Hidup dikelilingi computer dan IT tidak bermaksud tahu segala-galanya tentang dunia komputer dan pemasaran di internet.

Internet, segala maklumat berada di hujung jari dan depan mata. Sumber maklumat yang terlalu banyak di internet menyukarkan bagi pengguna internet yang baru hendak berjinak-jinak memulakan perniagaan di internet. Betapa ramai yang mengatakan mudahnya menjana duit di internet, tapi sejauh mana kepayahan untuk mendapatkan setiap sen dari internet itu tidak di paparkan umum.

Berniaga di internet memang mudah jika anda :

Point  nombor 1 : Adalah orang yang telah memang diketahui umum- seperti insan yang ada nama. Contohnya artis. Artis tidak perlu buat teknik pemasaran yang susah kerana nama mereka telah dikenali. Telah mempunyai kelompok peminat sendiri. Kalau jual pen sebatang yang dijenamakan dengan nama artis itu sendiri pun mesti laku. Hanya perlu buat marketing secara tetap saja untuk kekal terus produk mendapat tempat di pasaran.

Point nombor 2 : Ada ramai kawan dan pelanggan yang telah membeli barang secara offline

Point nombor 3 : Memang ada rangkaian kawan dan perniagaan offline yang telah kukuh

Baca ayat yang ini juga:

Perniagaan internet memang mudah TETAPI anda harus mencari ilmu dan guru pemasaran.

Maklumat yang berlambak dari internet juga meletihkan jika seseorang itu baru hendak mencuba berniaga secara online. Ya, lebih baik buka meja di pasar malam, dapat juga jualan walaupun RM 1.

Kepayahan bagi yang hendak memulakan perniagaan internet ini tidak banyak di ceritakan dan di war warkan. Kisah yang indah sahaja yang dipaparkan di internet dan media massa. Dalam hal ini strategi pemasaran adalah sangat penting bagi yang baru hendak memulakan perniagaan di internet. Yang penting carilah ilmu dalam apa juga perkara yang kita hendak lakukan. Carilah ilmu dan banyakkan membaca walaupun sehingga mata naik lebam kerana untuk berjaya bukanlah semudah menanti mee goreng mamak sampai dimeja makan.

Mulakan dengan “Bagaimana memasarkan produk di internet atau Bagaimana menjual menggunakan platform media social atau How to market your product online”
Pelajarilah ilmu bagaimana memasarkan produk di facebook, Instagram, blog dan banyak lagi platform media social yang sangat banyak tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Cubalah berusaha sekiranya anda gagal kerana dari usaha dan kegagalan anda itu anda tahu bagaimana untuk perbaiki serta janganlah berputus asa untuk mencuba. Jangan lakukan kesilapan sama, usaha perbaiki kelemahan.


Sekian, dari saya makhluk Allah yang  baru belajar teknik memasarkan produk di internet.

Comments

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai

Parit Buntar pusat kain murah?

Betul ke tajuk entry ni? Untuk pengetahuan..tajuk entry ni adalah ayat2 yang keluar daripada mulut kawan2 saya..memang ramai yang claim cakap di Parit Buntar ni harga kain murah2..Tak tahu nak cakap betul ke tak..kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri. Gambar2 berikut ni sebahagian aje..sebenarnya banyak lagi kedai kain yang jual dengan harga borong..cuma saya je yang tak larat nak snap. Kedai Qistina ni saya dah masuk..dalam kedai ni tudung dan baju adalah design terkini. Siap ada tukang jahit lagi di bahagian belakang kedai..mungkin untuk pelanggan yang nak tempah kot..err..saya masuk untuk survey je.. Kedai pemborong tudung bawal ni..memang dah lama bertahan..meskipun banyak persaingan daripada kedai2 kain yang lain. Satu lagi kedai kain..yang pemiliknya orang Kampuchea..betul ke ejaan ni? Dan gambar terakhir di atas ni adalah pasar Kemboja. atau pasar kampuchea. Memang terkenal kat Parit Buntar..Ramai peniaga2 di Parit Buntar yang turun ke pasar ni untuk beli kain yang datan