Skip to main content

MONDAY BLUES tidak mengira hari

courtesy image : thekopiwrite

Dulu masa zaman kanak-kanak tak sabar nak dewasa, nak cepat masa berlalu. Kalau hari Isnin bermula, dah sibuk tengok jadual sekolah dengan calendar. Bila nak sampai hari Jumaat. Sekarang bila dah sampai tahap yang diidamkan masa zaman kecil dulu rasa macam nak patah balik je ke zaman tu. Ada setengah manusia dah ada kerja, dah ada kehidupan tapi masih tak bersyukur. Acah-acah malas nak buat kerja, acah-acah nak ambik MC. Tapi cukup bulan ambik gaji! Manusia macam admin ni memang tak pernah berpuas hati dan merasa cukup. 

Zaman teknologi ni,  setiap kali masuk minggu baru, permulaan hari Isnin, mulalah keluar mood, MONDAY Blues. Hmm tapi bagi setengah-setengah orang MONDAY BLUES kau tu tak kenal hari apa pun. Mungkin semangatnya hilang untuk bekerja, mungkin perasaan kacau, hati tak tenteram, banyak perkara nak di setelkan. Yang pasti, admin rasa admin tak dengar tazkirah banyak hari, hati mati dah ni, argh kena sedar diri plus minus gosip artis kat internet, banyak membaca perkara lagho dalam hidup setiap saat bernafas ni, eh HELLO kau bernafas tu tak bayar pun kat Allah SWT tau.

Kurang bersyukur nikmat memang jadi macam ni.

So macammana admin nak selalu bersemangat ye? Sibukkan diri dengan hal dunia kah?
Yang pasti admin kena dengar tazkirah kematian setiap hari oleh Ustaz Ahmad Dusuki ni, Dan kena jadikan diri sibuk dengan kerja yang berfaedah. Sekarang trending hashtag bagai #positivevibes.

Macammana nak trendingkan #positivevibes dalam diri kita ya?

PPERTAMA : Ingat mati
KEDUA : Ingat ALLAH sedang memerhati. Malaikat Rakib dan Atid sedang buat kerja mereka juga tentang apa yang kita lakukan.
KETIGA : Jangan keterlaluan layan lagu, artis, gossippers mak jemah banyak-banyak. Banyak tengok drama. Mati hati.
KEEMPAT : Istighfar selalu. Menghapus titik hitam dalam hati.
KELIMA : Jangan hidup dalam kelam kabut. Keep calm kata orang putih.

Sekian, Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai

Parit Buntar pusat kain murah?

Betul ke tajuk entry ni? Untuk pengetahuan..tajuk entry ni adalah ayat2 yang keluar daripada mulut kawan2 saya..memang ramai yang claim cakap di Parit Buntar ni harga kain murah2..Tak tahu nak cakap betul ke tak..kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri. Gambar2 berikut ni sebahagian aje..sebenarnya banyak lagi kedai kain yang jual dengan harga borong..cuma saya je yang tak larat nak snap. Kedai Qistina ni saya dah masuk..dalam kedai ni tudung dan baju adalah design terkini. Siap ada tukang jahit lagi di bahagian belakang kedai..mungkin untuk pelanggan yang nak tempah kot..err..saya masuk untuk survey je.. Kedai pemborong tudung bawal ni..memang dah lama bertahan..meskipun banyak persaingan daripada kedai2 kain yang lain. Satu lagi kedai kain..yang pemiliknya orang Kampuchea..betul ke ejaan ni? Dan gambar terakhir di atas ni adalah pasar Kemboja. atau pasar kampuchea. Memang terkenal kat Parit Buntar..Ramai peniaga2 di Parit Buntar yang turun ke pasar ni untuk beli kain yang datan